Followers

Thursday, 30 May 2013

Jom Borak-Borak Tentang GST ?!!!!


Beban ? Sebut sahaja perkataan tersebut kita sudah pasti dapat membayangkan tentang satu perkara iaitu beban atau tanggungan yang pasti berat untuk di pikul oleh sesiapa sahaja.Malah pada ketika entri ini di tulis juak-juak pembangkang yang sinonim dengan bangkang apa saja asalkan ianya bukan dari pembangkang sudah pun menggerakkan seluruh jenteranya untuk memanipulasikan isu melibatkan dasar kerajaan berkenaan GST.

Apakah GST itu benar-benar membebankan rakyat ? Apakah dengan pelaksanaan GST itu nanti maka rakyat akan berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dalam ekonomi seterusnya melibatkan kos-kos lain turut meningkat naik ?

Apa akan berlaku semacam satu tsunami besar-besaran rakyat tidak lagi mampu untuk berbelanja ?

Sebelum itu timbul satu persoalan mengapa agaknya kaum Cina antara paling ramai yang menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan ? Adakah kerana ianya benar-benar akan menekan pengguna ?

Disinilah sebenarnya kita di tuntut untuk membuat sedikit pembacaan dan mendapatkan pencerahan sekurang-kurangnya apa yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu dapat kita saring dengan sebaik-baiknya.

Apakah kita semua boleh percaya bahawa Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang baru-baru ini berjaya membentuk kerajaan setelah  keputusan pilihanraya di umumkan boleh dan sanggup mengeluarkan idea atau dasar GILA yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat ?

Perlu diingat Barisan Nasional sudah faham dan menerima dengan baik setiap suara rakyat yang turun menunaikan tanggungjawab mereka baru-baru ini di peti-peti undi dan mereka tidak memberikan Barisan Nasional 2/3 majoriti seperti mana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan.

Apakah ampa semua yakin tanpa 2/3 majoriti kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melakukan tindakan yang boleh membebankan rakyat ?

Perlu diingat kerajaan hari ini akan berdepan dengan pilihanraya ke-14 dalam tempoh masa mungkin lagi 5 tahun sahaja.5 tahun bukanlah satu tempoh yang lama bagi sebuah kerajaan yang perdana menterinya baru mendapat mandat rakyat dan kita juga harus melihat suasana politik hari ini di mana pembangkang yang ada bukanlah pembangkang yang profesional dari segi politiknya.

Tahukah negara kini memiliki pembangkang ekstrem yang sanggup melakukan apa sahaja waima turun ke jalanraya bagi mencapai cita-cita gila mereka ?

Sekali lagi MMI nak tanya , ampa yakin kerajaan hari ini akan melaksanakan sesuatu dasar yang boleh menekan rakyat ????????

Kita dah berbicara sedikit sebanyak tentang senario politik , masyarakat dan beberapa perkara yang sempat MMI catatkan namun jangan lupa semuanya berkisar tentang GST.

Oleh kerana itu MMI nak tanya semua , ampa faham ka apa tu GST ???? 

Huh kalau GST pun tak tau macam mana ampa boleh bercakap tentang GST ????

Psstt jangan jadi macam monyet kat atas tu dia tau ka apa yang dia pegang tu ???

Nantikan entri seterusnya tentang GST..Insyaallah.. 

MMI.

3 comments:

  1. Terbaik MMI , dalam maksudnya tu...

    ReplyDelete
  2. Hahahaha aku suka artikel ni banyak musibat kat luaq sana cakap banyak tapi haram tak paham puiii

    ReplyDelete
  3. Betul.. paham dulu baru GST tu apa.. then baru komen... toke2 tu semua takut sbb bila GST laksana, diorg susah nk tipu harga dan cukai sales atau service tax pada kerajaan.. Sistem GST adalah sistem cukai transparen... skrg toke2 tu dok canang kata GST tu tak bagus sbb diorg ada agenda nk tipu... sistem skrg mudah nk tipu.. bkn diorg xpaham... saja buat2 xpaham

    ReplyDelete

Labels