Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa Jumaat (17 Mei), menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (kanan).
Khalid kini adalah Timbalan Ketua Polis Negara sejak 14 April 2011.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Ketua Polis Selangor.
Manakala Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.
Yang pastinya MMI suka kedua-duanya bergandingan cuma harapan MMI dan ramai rakyat kat luar sana supaya PDRM lebih tegas dengan kepimpinan baru ini.
Jangan biarkan lutong dan kera di luar sana terlalu bebas bimbang takut-takut ada kepala lutut sesiapa yang kena tokak nanti.
MMI.
No comments:
Post a Comment