Followers

Tuesday, 21 May 2013

Siapa Minum TEH di Cameron ???


Dalam detik dan ketika kita berada dalam suasana yang penuh kedamaian , jangan lupa di luar sana kedamaian itu semakin hilang sedikit demi sedikit.Jangan ingat apa yang sedang kita miliki hari ini akan terus kekal sebagai hak milik kita kerana di luar sana sudah ada anasir-anasir yang semakin berani mengacah malah berusaha meragut apa yang kita miliki selama ini.Bukan soal RASIS sebenarnya tapi lebih kepada mempertahankan hak yang selama ini boleh di hormati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sedarkah kita sejak kebelakangan ini suasana harmoni ini semakin hilang bahkan sudah ada di kalangan masyarakat yang berlainan bangsa kini hanya bermuka-muka sesama sendiri atas beberapa faktor contohnya urusan perniagaan.Jika di lihat apa yang terbuku di dalam hati sudah tentu berparang dan bumi bertuah ini sudah bermandi darah.

Nauzubillah , sama-sama kita pohon kepada Allah swt supaya di hindarkan segala perkara yang buruk yang mungkin atau mampu berlaku di Malaysia ini kerana kepadaMu sahajalah kami bermohon.Engkau limpah dan kurniakanlah kepada kami sebuah kehidupan yang sebaiknya agar kami mampu untuk terus menumpang di bumiMu ini Ya Allah.

Rakan , kawan dan sahabat-sahabat sekalian apakah kita mahu melihat segala yang berlaku hampir 60 tahun kita bersama membina sebuah negara yang dulunya dianggap sebagai lemah dan mundur ini di hancurkan dalam sekelip mata oleh mereka yang berselindung di sebalik nama keamanan ?

Apakah kita mahu dunia luar sekali lagi melabelkan tanah bertuah ini sebagai tempat tinggalnya manusia sakai yang menghuni lubang-lubang gua dan tidur di atas pokok ?

Sedarlah sejak lama dulu kita sudah pun di jajah malah penjajahan itu bukan saja meragut hasil sumber negara malah nyawa dan juga maruah kita sebagai rakyat Malaysia.

Jangan lupa kemudiannya kita bangun bersama-sama dengan sebuah pasukan paling ampuh yang tidak mampu di robek oleh sesiapa pun waima penjajah sekalipun.Ya benar , kita merdeka kerana mengikut beberapa perkara yang dimahukan oleh penjajah.Apakah ianya salah sehingga generasi hari ini mahu mengungkitnya ? Lupakah kita apa yang penjajah mahukan dari kita sebelum kemerdekaan di berikan ? 

BIJAK !! Mereka mahu melihat PENYATUAN diantara 3 kaum terbesar duduk bersama-sama berbicara soal bagaimana mahu memajukan sebuah negara yang bakal di merdekakan.

Setelah penyatuan itu kita berjaya sebenarnya , kita berjaya membina dan membawa Malaysia sampai ketahap di hormati oleh negara -negara lain khususnya kuasa-kuasa besar di dunia.

Malah rata-rata rakyat tanpa menidakkan mana-mana bangsa dengan perlembagaan negara yang sama-sama kita persetujui bukan saja mampu membawa Malaysia keluar dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang semakin maju tetapi kita juga mampu melahirkan pemimpin-pemimpin agung yang dihormati oleh seluruh dunia.

Berasal dari sebuah negara yang lompang di sana sini kita mampu bangun membela nasib rakyat sendiri malah sehingga kini Malaysia sudah mempunyai rekod di pentas antarabangsa sebagai antara negara terbaik di dunia dalam usaha kebajikan membantu negara-negara yang memerlukan bantuan khususnya yang mengalami bencana alam.

Apa kita mahu melihat segala yang kita bina itu musnah hanya kerana orang-orang politik yang saban hari  mencari kesalahan orang lain sedangkan amanah serta tanggungjawab membangunkan masyarakat diabaikan sepenuhnya ?

Guna otak dalam mencari pencerahan ini !! Jangan kerana politik dan kuasa kita musnahkan segalanya.

Rakan , kawan dan sahabat sekalian , apakah kita sebagai generasi pelapis dan baru ini mahu menyalahkan mereka-mereka yang terdahulu ? Apakah anak-anak kaum Cina generasi pelapis hari ini mahu menyalahkan Tun Tan Cheng Lok kerana mempersetujui permuafakatan diantara kaum Melayu , Cina dan India satu ketika dulu ? Apakah kamu menyalahkan Tun Tan Cheng Lok kerana bersetuju dengan perlembagaan negara yang telah dibuat ? 

Jika jawapannya YA !! maka benarlah kamu sebenarnya sudah dikianati oleh orang-orang tua sebelum kamu kerana telah mendidik kamu menjadi seorang manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada nenek moyang kamu sendiri.

Kepada anak-anak dan semua kaum Cina , MMI nak ingatkan jangan sesekali lupa bahawa tanpa pertolongan orang-orang Melayu dan India nasib kaum Cina juga hampir pasti tidak akan sama dengan apa yang kamu nikmati hari ini.

Jangan lupa bahawa generasi kamu sebelumnya telah diselamatkan oleh sebahagian besar dari orang-orang Melayu dan India sewaktu negara berdepan dengan serangan tentera Jepun satu ketika dulu.Malah selepas itu sewaktu negara mengalami krisis penentangan komunis orang-orang Melayu dan India juga turut memberikan bantuan serta mempertahankan kaum kamu walaupun hakikatnya majoriti yang bersama komunis pada ketika itu adalah kaum kamu sendiri.

Jangan juga lupa setelah komunis meletakkan senjata di Tanah Melayu , sebahagian besar dari kaum Cina yang bersama dengan komunis telah pun bersama-sama dalam masyarakat di bandar mahupun di kampung-kampung tanpa sedikit pun rasa marah dan benci warga Melayu dan India lainya.

MMI ingin bertanya apakah hari ini kamu mahu supaya kaum Melayu dan India pula bangun untuk tidak lagi pertahankan kamu ?

Kita sudah menyaksikan bagaimana peristiwa 13 Mei 1969 mengambil tempatnya.Malah peristiwa hitam dalam sejarah negara itu seboleh-bolehnya mahu di lupakan agar ianya tidak lagi menjadi barah yang mampu merobek bukan saja perasaan tetapi juga nyawa setiap dari kita.

Apa untung kita berbalah kerana yang bakal menjadi mangsanya nanti adalah sebuah negara bernama Malaysia.

Ingatlah bagaimana sengsaranya rakyat negara-negara yang bergolak sehinggakan rata-rata nyawa rakyatnya ibarat telur di hujung tanduk.

Apakah kita mahu melihat anak-anak selepas kita nanti tidak lagi riang seperti mana kita hari ini ?

MMI bukan mahu mendabik dada mengatakan kerajaan Barisan Nasional adalah yang terbaik dalam segala segi namun apa salahnya kita melihat dalam konteks yang lebih besar bagaimana susahnya memacu sebuah negara yang segelintir rakyatnya sentiasa membantah apa saja yang dilakukan oleh pemimpin negara yang dipilih rakyat.

Apa untung menentang keputusan pilihanraya setelah segalanya dilakukan oleh pihak berwajib seperti SPR dalam proses pengundian yang lalu ? 

MMI nak ingatan kepada diri sendiri dan semua , kita tidak punya masa lagi perbalahan hanya akan merencatkan perancangan yang mahu dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

Kaum Cina sudah melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah negara Malaysia sejak merdeka dan ingatlah tindakan kamu itu cukup perit dan pedih bagi kebanyakkan orang Melayu yang selama ini berlembut dengan kamu.

Rata-rata orang Melayu di luar sana yang di temui sudah pun menyatakan kebencian mereka terhadap sikap dan tindakan kaum Cina yang secara jelas tidak menghormati pemimpin dan pengorbanan orang-orang Melayu selama ini.

Maka MMI yakin dengan sikap yang ditunjukkan oleh kaum Cina dalam PRU13 yang lalu generasi kamu bakal menerima padahnya.Percayalah orang Melayu bencikan kekerasan tetapi orang Melayu mempunyai kuasa yang tidak di punyai oleh kaum Cina di Malaysia.

MMI yakin kuasa itu sedang dipergunakan sepenuhnya sekarang , tunggulah dalam beberapa waktu lagi PASTI akan ada rungutan dari kalangan kaum Cina dan ketika itu jangan lagi ada dikalangan kamu datang menyembah kerana kamu sudah membuat pilihan.

MALAY FIRST , CHINESE LAST !!!! RASIS ???

MMI.

5 comments:

  1. Kaum cina khianat, kami benar2 kecewa, 5.5.13 akan diingati.

    ReplyDelete
  2. tajuk yg menarik...
    siapa minum teh di cameron...????
    maksudnya melayubla yg paling ramai berkunjung ke cameron...
    rata-rata peniaganya pula cina...
    rasis lagi ke org melayu...???
    sedangkan PRU13 rata-rata cina jadi rasis....!!!
    patut ke kita org melayu dikatakan rasis lagi...
    bagi pembaca semua.. guna akal untuk menilai....
    Malaysia negara yang makmur...berlibang kaum... bukan untuk rasis...

    ReplyDelete
  3. Apalagi, depa dah khianat sama kita walaupun berbillion ditabur utk depa & skolah rasis depa, apa lagi najib mau bagi? Apalagi org Melayu tunggu, boikot la barang jualan puak rasis ni, beli barangan kelluaran bumiputra yang halalan toyyiban

    ReplyDelete
  4. DULU PEMERINTAH UMNO TATANG KAUM CINA SEBAB CINA SOKONG BE END...HINGGAKAN RAMAI JUTAWAN/HARTAWAN CINA MUNCUL HASIL DARI KECERDIKAN MEREKA.MENGAMBIL KESEMPATAN DARI KELEKAAN PEMERINTAH UMNO...DARI AWAL KEMERDEKAAN ,PUAK2 MELAYU UMNO MEMEGANG TAMPUK KUASA,,KENAPA TAK RAMAI JUTAWAN MELAYU...SEBAGAI CONTOH AP GULA DAHULU HANYA DI BG PADA ROBERT KWOK,, HARI INI APABILA KAUM CINA MENOLAK BE END,,BERMACAM RACAU KELUAR DARI KEPALA OTAK ORG UMNO...HAKIKATNYA KAUM CINA TIDAK RACIST...MEREKA HANYA INGIN MENUKAR TAMPOK PEMERINTAHAN PUSAT MENGIKUT LUNAS2 DEMOKRASI. BUKTINYA DI SETIAP UNIT PETI UNDI YANG DI TANDINGI CALON PAS,ORANG2 CINA MEMBERI UNDI MAJORITI PADA CALON PAS..CUMA MELAYU SAHAJA YG TAK RAMAI MENYOKONG PAS,SEBAB TERMAKAN DAKYAH YANG DI HAMBURKAN MELALUI MEDIA ARUS PERDANA TERUTAMA TV.. KECUALI MELAYU2 DI KAW BANDAR YG MENDAPAT AKSES INTERNET YG CELIK MAKLUMAT,MEYOKONG PAS/PR.. JUSTICE 4 ALL..TERIMA LAH HAKIKAT..YG BENAR TETAP BENAR..YG SALAH TETAP SALAH..WALAUPUN DI SWING 360 DARJAH MELALUI MEDIA ARUS PERDANA DAN MEDIA MAYA..

    ReplyDelete
  5. GREEN TROOPER aka LENDIR HIJAU..
    wei ngok.. UMNO dh buat silap dlu kenapa PAS ngok jilat Cina pulak lebih sakan dari UMNO? UMNO hanya beri laluan ekonomi pd CINA... MELAYU di beri laluan tp MALAS, so Cina ambil peluang dn berjaya.. itu salah UMNO ke? Masa tu Cina tk tunjuk TARING sentuh hal2 sensitif Agama dan Bangsa, So UMNO ok lah dgn Cina.

    Isu swing Cina jika hanya krn demokrasi rasanya UMNO pun akan kena jika tak adil. Tp isu skrg PAS yg paling BODOH.. menjilat2 dilantai kaki Cina.. Cina skrg bkn mcm Cina semasa sokong UMNO. Cina skrg dh berani sentuh bab2 teras org Islam dan Melayu. Itu sbb UMNO marah. Kalimah Allah UMNO tentang tp PAS jilat.. kenapa PAS bodoh sgt? PAS For ALL? Israel for All??

    Wahai LENDIR HIJAU.. ko rasa bangga dan yakin sgt dgn UNDI cina pada PAS utk tumbangkan UMNO? APakah PAS yg MAHA BODOH tu akan boleh ubah Cina? Atau Cina sedang cacaikan PAS yg Maha Bahlol tu utk dilembukan sbg alat menggamit undi Melayu!! APa yg xjusticenya pd Cina? KO yg ckp UMNO dh beri peluang Cina kaya.. so justiza 100% tu... tp korang pikir tk kenapa Cina paling tadah? Rasuah?? Cina lah BAPAK penyuap RASUAH.. tp bila duduk dgn PAS Cina pura2 tentang rasuah.. kenapa pencacai mcm ko bodoh sgt... nk tunggu Cina kencing atas kepala Nik Najis baru ko nk percaya???

    Org Melayu takkan sokong PAS yg Maha Bodoh tu.. dr main isu HUDUD skrg main ISU Justice? pala hotak ler.. Melayu urban kt KL tu je yg bodoh... dh elit dan kaya sbb dasar UMNO skrg lupa diri nk ckp UMNO xbetul. lepas tu sokong Parti Setan yg xbg jasa apa2.. tunggulah saat kehancuran.. keadaan yg xbetul ini xde rugi sgt pd UMNO tp akan rugi ialah org Melayu yg lupa diri mcm ko LENDIR HIJAU!!!

    Sama bodoh mcm Nik Najis..Karpal Kapir tu senyum sikit terketar2 Nik Najis tu sokong DAP.. kutuk UMNO mcm lah UMNO tu dh disahkan ahli neraka.

    Media internet tk selamanya akan menguasai kejahatan PAS dan sekutunya...

    ReplyDelete

Labels