Gambar Hiasan |
Bukan main lagi garang si Palanivel yang enggan bertanding di Sungai Siput, sebaliknya memilih untuk bertanding di Cameron Highland yang merupakan tempat selamat buatnya. Palanivel yang tidak yakin dengan dirinya sendiri, ternyata memang dari jenis kasta rendah yang bila kaya sedikit, lagaknya mengalahkan Brahmin.
Palanivel menuntut Zambry Kadir, Menteri Besar Perak agar mengekalkan kerusi Speaker DUN Perak untuk MIC. Walaupun MIC hanya nyawa-nyawa ikan dan tidak banyak membantu Barisan Nasional, Palanivel beranggapan parti yang dipimpinnya itu adalah Murugan yang diturunkan ke bumi untuk menyelamatkan Batu Caves daripada dimusnahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pangsapuri-pangsapuri mewah.
Rupa-rupanya, di sebalik kegagalan MIC memberikan sumbangan lebih bermakna kepada Barisan Nasional, Presiden MIC itu masih ada muka untuk bercakap besar dan hebat. Barangkali dia terlupa untuk melihat dirinya sendiri. Dan barangkali juga dia gagal melihat, sikapnya itulah yang membuatkan ramai masyarakat India yang cukup menyampah dengan MIC.
Walaupun MIC merupakan parti yang telah menyatukan kaum India kasta rendah yang dijadikan kuli estet-estet getah semenjak zaman sebelum Merdeka lagi, namun pada penghujung hayatnya, sokongan kepada MIC tidak langsung meningkat. Sebaliknya MIC dilihat tidak lebih daripada kulapuk yang hidupnya hanya menumpang pada entiti lain.
Menariknya, Palanivel gagal mengesan kelemahan ketara dalam MIC terutama sekali penolakan masyarakat India terhadap MIC sebaliknya menubuhkan beberapa buah parti serpihan yang mereka harapkan boleh memberi perlindungan dan memperjuangkan nasib mereka.
Tentu kita masih lagi ingat bagaimana Palanivel begitu teruja untuk menjadi calon Barisan Nasional di Parlimen Hulu Selangor walaupun mendapat tentangan daripada masyarakat India dan pengundi-pengundi yang lain pada tahun 2008. Beberapa bulan sebelum itu, Palanivel adalah calonnya dan dia kalah di tangan calon Melayu PKR dengan majoriti besar. Pengangkatan P.Kamalanathan tidak menyenangkan Palanivel dan dia bersama-sama koncon-konconya cuba menjalankan sabotaj terhadap P.Kamalanathan.
Mujurlah ada UMNO!
UMNO telah berjaya memenangkan P.Kamalanathan sedangkan MIC pula tidak banyak menjalankan tugas mereka untuk memenangkan calon dari parti sendiri kerana perangai hodoh Palanivel.
Sebagai Presiden MIC, Palanivel tidak seharusnya menunjukkan contoh dan teladan buruk seperti itu. Para penyokong MIC dan Barisan Nasional sudah lama bosan dengan telatah serta gelagatnya yang tidak sedar diri serta enggan mengakui kelemahan MIC di bawah kepimpinannya. Ancaman dan gertakan kononnya MIC tidak akan menerima sebarang tawaran jawatan dalam Kerajaan Negeri Perak, selagi kerusi Speaker DUN Perak tidak diserahkan kepada MIC, tidak ubah seperti si bodoh yang tidak tahu apa hendak dibuat dengan emas di tangan.
Kemenangan tipis Barisan Nasional dengan UMNO dan parti-parti Bumiputera adalah dominan, seharusnya menyedarkan Palanivel bahawa jawatan yang diperuntukkan kepada MIC selama ini, hanya merugikan sahaja. Kesombongan MIC untuk mendapat lebih banyak peruntukan kerusi yang dipertandingkan serta jawatan penting, hanya lebih memburukkan keadaan di mana akhirnya MIC akan menjadi satu lagi parti GERAKAN yang kian pupus dan tandus sokongan.
Kecuali di Cameron Highland, kerusi-kerusi yang ditandingi serta dimenangi oleh MIC hanya bergantung kepada belas ehsan Melayu dan UMNO semata-mata. Kalau UMNO tidak buat kerja lebih awal dan bersungguh-sungguh MIC tidak ada satu kerusi pun di DUN mahupun Parlimen.
Dari tahun 2008 sehingga 2013, apa sangatlah yang dibuat oleh MIC. Penguasaan media sosial MIC begitu lemah. Kerja-kerja MIC di kalangan masyarakat India, boleh dikatakan hanya untuk menghabiskan bajet. Yang MIC cuba lakukan hanyalah menyaingi HINDRAF yang dikatakan mendapat sokongan terbesar daripada masyarakat India walaupun hakikatnya, HINDRAF juga seperti anjing tersepit yang kerjanya hanya menyalak dan apabila dilayan, akan menggigit.
Ancaman dan ugutan Palanivel menjadikan suhu menyampah kepada Palanivel dan MIC bertambah tinggi. Malang sungguh Barisan Nasional mempunyai pemimpin parti komponen seperti Palanivel yang masih lagi tidur lena dan tidak sedar bahawa parti pimpinannya semakin mengecil dan terpinggir! sumber
Apakah MIC kini sudah mahu meniru aksi Dong Zong ?
MMI.
No comments:
Post a Comment