Followers

Monday 10 June 2013

Ideologi Demokrasi Sosial ~ Satu Lagi DOKTRIN BERBAHAYA DAP !!


Rata-rata rakyat Malaysia tahu atau mungkin sesetengahnya buat-buat tak tahu tentang sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Malah sistem yang digunapakai sejak negara mengadakan pilihanraya pertamanya inilah yang sebenarnya telah memberikan banyak manafaat kepada seluruh rakyat termasuk mereka yang berdiri atas kapasiti pembangkang.

Jika di lihat dari satu sudut kerana demokrasilah maka Anwar Ibrahim , Nurul Izzah , Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Hadi Awang dan banyak lagi pemimpin pembangkang hari ini merupakan ahli parlimen dan anggota dewan rakyat hasil daripada undian oleh rakyat dalam pilihanraya.

Namun seperti yang semua sedia maklum politik di bumi Malaysia agak unik.

MMI umpamakan ianya seperti sebuah kuali besar yang mengandungi segala bahan untuk menghasilkan rendang bagi menyambut hari raya.Seperti biasa proses untuk menghasilkan rendang tidak pernah berubah sejak dahulu cuma mungkin sedikit sebanyak di buat perubahan dari segi kandungan bahannya namun di akhirnya nanti yang terhasil adalah hidangan berupa rendang.

Apakah yang membezakan rendang dulu dan sekarang ? Sebenarnya tidak ada beza kerana rendang tetap rendang cumanya mungkin dari segi perbezaan rasa dan isi kandungannya sedikit berbeza.

Begitulah sebenarnya politik Malaysia , sistem demokrasi yang digunapakai sejak dulu adalah DEMOKRASI BERPARLIMEN dan ianya kekal begitu sejak dahulu.

Apakah kita faham tentang demokrasi berparlimen ? MMI yakin masih ada di kalangan kita yang kadang-kalanya keliru dengan sistem ini.Perlu diingat demokrasi sebenarnya mempunyai pelbagai versi dan coraknya.Jangan sesekali kita leka dengan ungkapan demokrasi kerana Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen.Ini amat penting untuk di fahami oleh seluruh rakyat Malaysia khsususnya orang-orang Melayu.

Apa itu Demokrasi Berparlimen ?

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. 

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Apa itu Ideologi Demokrasi Sosial ?

Berikut merupakan kenyataan dan temubual salah seorang daripada pemimpin DAP bernama Suki Wong yang MMI petik dari RoketKini.

Roketkini: Mengapa pilih DAP bukan parti oposisi lain?

Suki Wong: Saya lebih mesra dengan ideologi jelas yang dibawa DAP iaitu demokrasi sosial yang mana ia cocok dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Saya percaya pada demokrasi dan saya percaya DAP mampu untuk membina sebuah Malaysia yang demokratik. Keputusan saya menyertai DAP juga didorong oleh semangat untuk melihat Malaysia yang lebih baik, adil, aman yang sebenarnya di mana kita semua sebagai rakyat dapat bersatu tanpa batas perkauman.

Apa yang MMI perhatikan melalui kenyataan di atas jelas sekali ianya merupakan satu kenyataan yang cukup bahaya apabila Suki menyatakan ideologi demokrasi sosial selari dengan prinsip perlembagaan persekutuan.

Malah kenyataan beliau kemudiannya langsung tidak menunjukkan apa yang sebenarnya di lakukan oleh DAP hari ini.Ianya hanyalah satu sandiwara dan cubaan untuk melakukan doktrin terhadap rakyat agar terus-terusan membenci kerajaan dengan harapan pembangkang mampu menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

MMI percaya inilah sebenarnya dasar mereka dalam setiap kempen selepas ini bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Untuk itu kita perlu tahu apakah yang di maksudkan sebagai Ideologi Demokrasi Sosial ?

Sebenarnya ideologi demokrasi sosial ini telah dibawa oleh salah satu  parti pembangkang Malaysia iaitu DAP.Walaubagaimanapun DAP juga sebelum ini menghadapi kritikan kerana memainkan sentimen perkauman dengan beberapa kenyataan pemimpinnya. Oleh itu, DAP juga merupakan sebahagian daripada aktor-aktor politik yang menyalahgunakan demokrasi walaupun ideologi dan pemikiran politik mereka pada asasnya MMI fikir boleh membawa kebaikan kepada Malaysia.

Demokrasi sosial merupakan ideologi politik yang menggabungkan sosialisme dengan unsur – unsur kapitalisme yang di anggap sesuai.Demokrasi sosial juga dapat di katakan sebagai fahaman politik yang di sebut sebagai sosialis moderat yang berkembang pada abab ke 19.

Memang jika kita mensyorkan keseluruhan adaptasi ideologi tidak akan sesuai kepada evolusi demokrasi di Malaysia kerana sedikit sebanyak fahaman sosialis mengambil tempat. Namun salah satu prinsip asas demokrasi sosial yang boleh diadaptasi adalah bagaimana kita hendak bantu orang bawahan supaya memanfaatkan semua, asasnya ialah, orang bawahan harus dilayan dengan bermaruah, iaitu hidup sebagai seorang insan dan bukan hamba.Bermakna, orang bawahan ini tidak lagi memerlukan suara demokrasi untuk membela mereka. Mereka akan terus terbela. Asasnya adalah untuk membantu masyarakat.

Demokrasi sosial sebenarnya berkenaan dengan ekonomi.

Ada tiga nilai utama.

Nilai pertamanya ialah keterbukaan.Bermaksud, kita berada dalam sebuah komuniti. Di dalam satu komuniti besar dalam sebuah negara, orang yang berada kena bantu orang yang kurang berada supaya mereka dapat hidup sebagai manusia yang  ada maruah.

Nilai yang kedua ialah kebebasan.Kalau tiada kebebasan, masyarakat tidak boleh menyertai ruang awam, tidak boleh memberi pandangan politik. Bukan memadai hanya dengan mengundi, tetapi penyertaan rakyat dalam proses penggubalan dasar, dalam proses demokrasi. Jadi kena ada kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul, kebebasan menyertai apa-apa jenis organisasi, kebebasan memilih dan sebagainya.Kebebasan itu penting.

Yang ketiga ialah berkaitan keadilan.Iaitu dari sudut undang-undang dan juga keadilan sosial. Keadilan sosial secara asasnya bermaksud semua manusia adalah sama dan setaraf. Semua orang ada hak dan juga berhak dikira sebagai insan sama rata. Bukan seperti komunis, bukan hasil sama rata tapi hak dan peluang saksama.

Menurut kajian pensyarah kanan ekonomi Universiti Sains Malaysia, Dr Saidatul Akma menyatakan bahawa dari tahun 1957 sehingga 1990, memang terdapat penurunan kadar kemiskinan di Malaysia sebagai contoh 15.9% pada tahun 1957 kepada 12.7% pada tahun 1990. Namun permasalahan di Malaysia adalah  jurang golongan perpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah masih tidak berubah secara ketara. Terdapat masalah pengagihan kekayaan negara sebenarnya berlaku di Malaysia.Yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya. Kata beliau, 60% rakyat hidup di bawah pendapatan gaji RM3,000.

Sebenarnya, kerajaan Malaysia sudah mengamalkan sistem demokrasi sosial ini seawal tahun 70-an dimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan rakyat. Tetapi perkara ini terhakis apabila ekonomi Malaysia memuncak pada zaman 90an. Namun hari ini kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memulakan inisisatif untuk mengadakan pelbagai usaha transformasi ekonomi melalu Model Ekonomi Baru (MEB) , Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bagus. Datuk Najib telah mensasarkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.Sebenarnya , sudah ada usaha-usaha untuk mentransformasikan demokrasi negara.

Malah jika di lihat kepada keadaan semasa dan terkini kita dapat melihat bagaimana kedudukan ekonomi sebenarnya sentiasa di pacu oleh kerajaan dan jika di lihat kepada kumpulan mahupun golongan tertentu sudah pasti seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang mendapat faedah dan manafaat daripada apa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini.

Bandingkan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina di Malaysia ! Kita pasti mendapat jawapannya.

Persoalannya di sini apakah ideologi demokrasi sosial itu merupakan pilihan terbaik yang harus rakyat Malaysia sokong ?

Jangan lupa kepada 3 nilai utama iaitu keterbukaan , kebebasan dan keadilan.

Sejauh mana DAP mahupun kaum Cina di Malaysia benar-benar meletakkan nilai ini sebagai keutamaan mereka dalam kehidupan seharian ? Contohnya dalam nilai pertama orang yang berada kena bantu orang yang kurang berada , adakah nilai ini di terapkan dalam pola kehidupan kaum Cina di Malaysia ? rasanya tidak...


Malah jika di lihat sepanjang tempoh kerajaan DAP berkuasa di Pulau Pinang semenjak 2008 yang lalu sudah berapa banyak agaknya rumah-rumah mampu milik yang di bina oleh kerajaan DAP ini bagi membantu mereka yang kurang berada ? Rasanya jauh meleset daripada ideologi kepercayaan mereka sendiri.

Melihat kepada nilai yang kedua , hampir pasti ianya hanyalah omongan kosong bila mana ianya menyentuh tentang kebebasan (baca nilai kedua di atas).Apakah selama ini tidak ada langsung kebebasan di Malaysia ? Apakah DAP lupa bahawa demontrasi yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa pun tetap mengambil tempat ? Apakah DAP lupa bagaimana peranan media sosial pro pembangkang melakukan dakyah , fitnah dan penipuan melampau melalui rangkaian media milik pembangkang bebas untuk menghentam sesiapa sahaja ? 

Yang ketiga adalah paling mengarut dan berbahaya khususnya kepada sebuah negara seperti Malaysia apabila ianya menyentuh tentang undang-undang dan keadilan sosial.Semua manusia adalah sama dan setaraf. Semua orang ada hak dan juga berhak dikira sebagai insan sama rata. Bukan seperti komunis, bukan hasil sama rata tapi hak dan peluang saksama.

Semua manusia adalah sama dan hak serta peluang yang saksama !!

Apakah yang cuba dilakukan oleh DAP apabila perkara ketiga ini merupakan antara nilai yang terkandung dalam ideologi demokrasi sosial ?

Keranan itulah di awal entri ini MMI mencatatkan tentang DEMOKRASI BERPARLIMEN kerana ianya sedikit sebanyak turut terlibat apabila DAP mula berbicara tentang Ideologi Demokrasi Sosial.

Percayalah ideologi DAP itu amat berbahaya dan ia sudah pun menyentuh tentang beberapa perkara khususnya tentang hak keistimewaan orang-orang Melayu yang terkandung dalam PERLEMBAGAAN Negara.

Bagi MMI , ideologi demokrasi sosial DAP tidak ubah dan sama dengan ideologi komunis malah lebih teruk dari itu kerana di sebalik ideologi itu terselit satu pembohongan dan perancangan besar mereka khususnya dalam mendapatkan KUASA POLITIK di Malaysia.Hati-hatilah...

Satu lagi doktrin berbahaya dari DAP !!

MMI.

1 comment:

  1. Dulu mungkin sama...
    Sekarang tidak lagi...
    Persetankan kaum cina...

    Pejuang Hamas...

    ReplyDelete

Labels