Followers

Monday, 3 June 2013

Menteri Luar Australia ~ Malaysia Ada Kredibiliti & Boleh Di Percayai !! Bang Non Sakit Hati Lagi Kerr ???


Dari apa yang MMI dengar bang Non sekarang dok mundar-mandir memikirkan untung nasibnya selepas pilihanraya baru-baru ni.Jika sebelum ni bukan main lagi anjur himpunan sana-sini sekarang nampaknya dah semakin lesu dah.Malah anak-anak ikan bang Non yang di minta untuk sertai program perkhemahan di sekitar balai polis pun nampaknya dan semakin boring dengan aktiviti tersebut.Apa lagi agaknya bang Non dan juak-juak macainya akan lakukan selepas ni ? Yang pasti perkembangan terbaru sudah pasti membuatkan bang Non mandi tak basah , makan tak lalu dan tidur pun mungkin terganggu kerana memikirkan kenapa orang luar tak mau sokong apa yang dia tengah buat.

MELBOURNE - Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen Sky mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah...mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

"Saya menelefon rakan sejawatan Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,” katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

"Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat bahawa kita bukan surujanjaya pilihan raya untuk Malaysia.

"Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak...kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,” katanya.

Carr berkata ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

"Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,” katanya.

Alo bang Non macam yang MMI pernah kata mereka yang dulunya bang Non anggap kawan sekarang ni dok monitor bang Non.Tu lah janji lah lagi , mau dok ingat dah banyak berlaku di negara lain kawan-kawan puak bangsat ni dah banyak yang hilang.Mau ingat tu....Bang Non dah psycho sekarang !!

Baca juga di SINI 

MMI.

1 comment:

  1. Tu la, janji dah buat, duit dah ambik, tup tup tak ke mana jugak... Kan paymaster dah tak percaya dah!

    ReplyDelete

Labels