Followers

Sunday, 2 June 2013

RBA Kini Di Pantau !! Dah Ada Yang Mengelabah Weiii ....


Isu Red Bean Army belaan DAP kini semakin panas dan panas itu sudah semakin menggila apabila banyak pihak kini sedang memantau dan mengenal pasti mereka.Sejak malam tadi di beritakan 30 individu sudah di kesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan Youtube.

Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Akhbar melaporkan Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Terbaru sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.


Bagi MMI apa yang sedang di lakukan oleh pelbagai pihak kini amat baik dan perlu di teruskan sehingga puak yang angkuh dan bebas selama ini menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di uruskan oleh pihak-pihak yang sepatutnya.

Walaupun gerakan-gerakan ini agak lewat namun sekurang-kurangnya pihak berkuasa sudah memberikan respon.

Yang pasti setakat tengah malam tadi , sudah ada pihak yang mengelabah dan tak ketahuan.

MMI.

4 comments:

  1. Aku nak tengok sejauh mana KDN dan polis benar benar tahu akan ujudnya read been army ni.....ataupun tak tahu langsung ......Kalau dah betul betul tahu kenapa masih tidak ditangkap lagi?Ini anasir jahat dan merosakan .....mana bahgian risikan ? Nampaknya polis tidak mempunyai pasukan risikan yang mantap...ataupun tiada mempunyai pasukan yang sebenarnya didalam kepakaran ini.KDN mesti bertindak cepat.....

    ReplyDelete
  2. takde kepakaran dari bidang IT jadi kelemahan bahagian risikan sedangkan sudah bertahun lamanya mereka beroperasi

    ReplyDelete
  3. org atasan banyak bengap...tak mahu dengar ckp org bawahan.

    ReplyDelete
  4. penat dan boring baca berita yang sama je...Asyik Asyik Memantau/Menyiasat/Mencari Bukti/Selidik/....

    Mana unit khas yang macam PBI/CIA ?

    Malaysia takde ke...unit sebegini ? Pantas/canggih/kemahiran tinggi/ tegas.....boleh tangkap dengan begitu cepat....Tangkap je....ada bukti masuk bicara.......baru jatuh hukuman....

    Bukan suruh Tangkap dan Terus Bunuh....
    Tangkap ( dalam masa 24 jam )..Reman ( 7 hari untuk soal siasat )...Bicara ( ambil masa 2 tahun ).......Kumuman ( apa saja yang diputuskan mengikut Undang-Undang Sedia ada )

    ReplyDelete

Labels