Gambar Hiasan |
Keadaan ribut yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini bukan main-main , hujan di sertai dengan angin kuat cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang menempuhnya dapat merasakan betapa ianya mampu merosakkan harta benda termasuk kehilangan nyawa.
Kesan paling teruk akibat kejadian ribut tersebut adalah tumbangnya penebat kilat di menara UMNO Pulau Pinang sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Begitu juga di kawasan-kawasan lain termasuk di Seberang Perai turut menerima kesan yang sama.Dari maklumat dan sumber di kawasan diberitakan terdapat bumbung rumah yang tercabut akibat angin kuat dan merosakkan rumah-rumah penduduk.
Pasti ramai yang sedia maklum tentang apa yang berlaku cumanya ada satu berita yang agak mengejutkan dan MMI mahu berkongsi dengan semua.
Kebetulan sejak pagi tadi MMI berkesempatan bertemu dengan beberapa pihak di sebelah Seberang Perai yang menceritakan kepada MMI tentang mangsa ribut yang telah ke salah satu Pejabat Daerah bagi membuat pengaduan serta memohon bantuan.
Namun yang menyedihkan adalah pihak terbabit hanya memberikan bantuan sebanyak RM50 kepada mangsa.Bukan soal tidak bersyukur tetapi dengan keadaan bencana sedemikian pemberian RM50 di lihat seumpama melepaskan batuk di tangga.
Apakah pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat perikemanusiaan dengan pemberian sedemikian ?
Dan jika melihat kepada kerajaan negeri yang selama ini melaungkan slogan CAT , apakah pemberian sedemikian di kira sudah cukup untuk membantu rakyat ?
Selain dari itu sehingga kini tidak ada mana-mana pihak dari kerajaan negeri tampil bagi membantu mangsa ribut khususnya di kawasan yang di menangi oleh Barisan Nasional.Jika ada pun perancangannya nak tunggu sampai bila ?
Merujuk kepada laporan sinarharian pada 14 Jun 2013 Guan Eng selaku Ketua Menteri sudah pun menyatakan akan membantu mangsa-mangsa ribut yang terlibat Baca Sini namun timbul sedikit kemushkilan kerana di kawasan-kawasan tertentu langsung tidak kelihatan kelibat wakil-wakil mereka.
Persoalanya apakah kerajaan negeri ini kerajaan rakyat seperti mana yang di war-warkan atau ianya hanyalah sebuah kerajaan negeri yang mementingkan bangsa dan kaum tertentu ?
Walaubagaimanapun mangsa-mangsa ribut ini telah mendapat perhatian daripada wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional bagi meringankan beban yang di tanggung oleh mereka.Baca Sini
Ada yang bertanya MMI sejauh mana kebenaran berita ini ?
Jawapan MMI mudah , jika tidak ada angin takkan bumbung rumah boleh tercabut !!!
MMI.
No comments:
Post a Comment