PRU13 sebenarnya menyaksikan satu pertarungan paling sengit di antara Barisan Nasional dan pasukan pembangkang.Malah jika di ikutkan dari suasana sebelum pilihanraya jelas masing-masing mempersiapkan jentera dengan sebaik mungkin.
Dari pemerhatian MMI pertarungan itu sebenarnya sama dan kedua-dua pihak mempunyai strategi dan perancangan masing-masing. Cuma yang membezakan diantara kedua-duanya adalah sikap masing-masing.
Paling tak boleh blah belum pun keputusan di umumkan sudah ada gerakan-gerakan yang cuba menghasut rakyat supaya percaya kononnya keputusan PRU13 di atur oleh Barisan Nasional.Kemudiannya siap tuduh bangla sudah landing tunggu masa mau undi...agak-agak lah bro kalau ada pun bukti tu boleh ke ampa BUKTIKAN yang ianya di rancang oleh kerajaan dan Barisan Nasional ?
Ada akai ka ?? Ampa ingat rakyat tak pernah pikir pembangkang sendiri yang atur dan pembangkang sendiri yang akan tangkap ? Hahaha cuba tengok di pusat-pusat pengundian yang kononnya ada pengundi hantu atau bangla ni kat mana pusat pengundian tu ??
Dekat tempat MMI mengundi ada sorang lelaki tu lebih hitam dari bangla lagi kenapa tak ada sorang pun macai pembangkang yang tunggu dan tangkap lelaki tu ? Nampak sangat lah bro...
Tak cukup dengan itu sejak petang hari pengundian , si Anwar dah mula main propa dia apabila membuat kenyataan di tweeternya kononnya kemenangan Barisan Nasional seolah-olah merampas kemenangan daripada mereka.Agak-agak la Nuar , yang Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan tu apa ke namanya ?? Baca Sini
Selepas tu ada lagi , himpunan pula !! habis seluruh rakyat di kerah untuk berhimpun dan berlakulah himpunan yang menjadi kebanggaan Anwar serta konco-konconya.Apa matlamat himpunan ni ? Sebab nak tuntut Pengerusi SPR supaya letak jawatan !! Oii kalau dah sampai ke tahap itu yang Guan Eng , Khalid Ibrahim dan Yakob semua tu angkat sumpah jadi Menteri Besar dengan Ketua Menteri tu nak kira macam mana ??
Kalau betullah SPR ni samdol Anwar dan puak-puak macai yang berhimpun mesti memastikan 3 orang mangkuk tu jangan angkat sumpah malah perlu BOIKOT majlis dan keputusan daripada SPR ! Ini tidak boleh pula angkat sumpah dan bentuk kerajaan negeri.Apa hal luuu ??
SPR hanya adil di 3 buah negeri sahaja dan kerana negeri-negeri lain SPR tidak adil maka disini kita mendesak Pengerusi SPR supaya segera meletak jawatan.Macam tu ker bro ???? Alahai kata profesional sangat bab bodoh macam ni pun ampa nak menipu lagi ker ?????
Tak habis setakat itu macam-macam rancang sampailah baru-baru ni buat "flashmob" , tahu kenapa puak macai ni buat "flashmob" ? Sebab nak cari isu supaya rancangan himpunan pada 22 Jun nanti mendapat sambutan.
Sesuatu perlu berlaku dalam "flashmob" tersebut dan pasti tangkapan yang di buat oleh pihak Polis baru-baru ini di depan SOGO adalah sesuatu yang sememangnya di mahukan supaya berlaku oleh puak-puak macai ini.Tujuannya dengan tangkapan inilah maka ianya akan di jadikan momentum untuk terus menghasut rakyat untuk berhimpun nanti.
Strategi dalam poket bro !! Kenal sangat dah puak-puak macai ni..Ampa pernah terpikir ada tangkapan baru-baru ini sehingga menyebabkan puak-puak macai buat khemah dan nyalakan lilin di depan balai polis.Dalam tangkapan di SOGO mana khemahnya ? Mana lilinnya ? yang ada hanyalah 2 3 kerat kera-kera yang dok buat bising depan pintu pagar balai polis , itupun selepas penat melalak belah macam tu saja...Lakonan semua tu bro !!!
Dan yang terbaru sekali apabila kenyataan yang keluar dari mulut Husam Musa sendiri.Bagi MMI ianya jelas satu pembohongan paling jijik yang pernah MMI lihat berlaku dalam pimpinan dan parti PAS.
Nak berhimpun ? Berhimpunlah cumanya pastikan ianya mengikuti undang-undang sedia ada dan jangan sesekali mencetuskan kekecohan kerana MMI yakin jutaan rakyat di luar sana bencikan mereka yang bertindak sebegini.
Namun mengeluarkan kenyataan "SYAHID FI SABILILLAH" dalam keadaan dan tindakan sedemikian bagi MMI ianya merupakan satu penipuan terancang oleh mereka yang kini terdesak kerana politik.Meletakkan kesalahan kepada orang lain sedangkan kita sendiri sebenarnya melakukan banyak kesalahan malah prinsip dan perjuangan yang kononnya membela Islam pun sanggup di lacurkan apakah ianya dianggap SYAHID ?
MMI tak nak mengulas panjang cumanya satu persoalan buat semua SIAPA SEBENARNYA YANG MENIPU ??
MMI.
No comments:
Post a Comment