Followers

Friday 7 June 2013

TAHNIAH PAS ~ Guan Eng Dah Masuk ISLAM ?!!


Pertama sekali MMI nak ucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan jentera PAS di Pulau Pinang kerana apa yang telah di perjuangkan selama ini akhirnya membuahkan hasil.Jika sebelum ini pelbagai pihak menempelak satu-satunya wakil PAS di Pulau Pinang kini rasanya semua itu perlu di tarik balik.

Kena tarik balik sebab PAS di Pulau Pinang sudah menempa satu kejayaan lagi hebat dari rakan-rakan mereka di bumi Kelantan.Kejayaan ini merupakan satu kejayaan yang cukup berharga kerana ianya sudah membuktikan bahawa wakil-wakil PAS selama ini bukannya berlidah cabang !!

Malah mereka sudah mengotakan apa yang mereka perkatakan.

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya Si Guan Eng tu dah masuk Islam. Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh calon PAS bagi kawasan DUN Bayan Lepas sewaktu PRU yang lalu.

Kisah mengenai Si Guan Eng tu nak masuk Islam bukan baru kita dengar tapi dah lama. Sejak mula - mula dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dulu.

Ada seorang tokoh dari kalangan pemimpin PAS pada ketika itu pergi jumpa dengan Guan Eng dan dia sendiri mengakui kepada tokoh PAS tu yang dia nak masuk Islam.

Cerita tu disampaikan oleh tokoh PAS tu bila khabar angin mengaitkan Si Guan Eng tu dengan cara pemerintahan Umar Abdul Aziz hangat dibicarakan.


Tokoh tu juga turut menambah, Guan Eng kata dia nak masuk Islam selepas bapa dia Si Kit Siang tu mati. Tapi kali ini lain pulak ceritanya.

Calon Bayan Lepas tu kata Guan Eng nak masuk Islam sekiranya Pakatan berjaya mengekalkan kuasa dan terus mentadbir Pulau Pinang.

Jadi, takkan pulak pemimpin PAS macam calon Bayan Lepas tu nak menipu rakyat pulak ye tak? Diorang kan pejuang Islam. Islam tak bagi pejuangannya menipu beb !!

Sekarang Si Guan Eng tu dah angkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang. Jadi, bila majlis nak dibuat? Orang Pulau Pinang kena buat persiapan niii.sumber 


Amacam Bang Aji ?? Takkan dah putus asa kot ?? LAWAN TETAP LAWAN Bang Aji !!! 

MMI.

1 comment:

Labels