Followers

Monday, 22 July 2013

4 Di GUGURKAN Dari Miss World Malaysia Celupaq Sungguh Minah2 Ni !!!


Cantikkan 4 orang cewek kat atas tu ? Mereka berempat merupakan peserta pertandingan ratu cantik yang telah di gugurkan dari menyertai pertandingan tersebut kerana orang Islam di larang menyertai pertandingan seperti ini.

Apa yang membuatkan MMI mahu menulis tentang isu 4 cewek yang di gugurkan ini adalah kerana tindakan segelintir orang Melayu yang mengaku Islam kadang-kalanya boleh membuatkan kita sakit hati.

Sakit hati bukan kerana 4 cewek di atas terpilih menjadi peserta akhir Miss World tetapi sakit hati kerana kedangkalan mereka yang cukup memalukan.


Untuk makluman DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.sumber 

Difahamkan kini 4 finalis beragama Islam itu telah dibatalkan penyertaan setelah Dato’Anna Lim, penganjur Miss Malaysia World 2013 memutuskan untuk mematuhi garis panduan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, “Perempuan Islam tidak dibenarkan berada di dalam pertandingan ratu cantik”.

MMI tak nak menyentuh tentang soal hukum kerana semua pihak sedia maklum cumanya MMI nak bagitahu orang bukan Islam khususnya penganjur pertandingan ini pun tahu hormat kepada agama Islam jika nak di bandingkan dengan 2 minah celupaq tu.

Apa pun tahniah kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan terima kasih kepada Dato' Anna Lim kerana faham dan menghormati garis panduan yang telah di tetapkan.

Psst hati-hati pilih pasangan jangan sampai kena tipu dengan luarannya !!

MMI

1 comment:

  1. inilah dia ala-ala " ummu jamil " akhir zaman iaitu ratu-ratu cantik , ummu jamil itu isteri abu lahab ...takkan tak kenal abu lahab ..ummu jamil a.k.a ibu kecantikan ala-ala ratu lah zaman tu ...cantiknya beliau tapi tak sepadan dengan kecantikan perangainya ..kita nasihat dan tegur jangan jadi "ummu jamil " tapi nak jugak ..mudah-mudahan diberikan hidayah agama buat mereka ini semua khusus buat ayah dan ibu mereka ...

    ReplyDelete

Labels