Followers

Monday, 22 July 2013

Jom Kenal Hafiz Hamidun !!


HAFIZ Hamidun bukan orang baru dalam industri muzik tempatan. Dia pernah menyertai kumpulan nasyid UNIC dan menghasilkan beberapa buah album sejak tahun 2003. Antaranya berjudul See You Di IPT dan Satu Tekad terbitan Hijjaz Music Entertainment.

Malah sejak 2007 penyanyi irama nasyid dan ketuhanan berusia 29 tahun ini juga telah menghasilkan tiga album solo termasuk yang terbaharu bertajuk Zikir Terapi Diri terbitan syarikatnya sendiri, Arteffects Production.

Sepanjang menyertai UNIC dan menghasilkan dua album solo, ramai yang kurang memberi perhatian kepada Hafiz. Kalau dulu mungkin ada yang bertanya, siapa Hafiz Hamidun?

Bagaimanapun pada 15 November 2012 , penyanyi ini telah membuka mata banyak pihak apabila dia berjaya mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun.Klik Sini 

Konsert yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur itu mendapat sambutan dengan disaksikan 2,600 peminat. Ramai yang terkejut dan kagum kerana Hafiz mampu mengadakan konsert berskala besar itu meskipun tanpa banyak pihak yang sudi menajanya.

Sambutan itu antara lain disebabkan oleh lagu-lagu dan album yang telah dihasilkan. Konsert itu juga secara tidak langsung telah mendedahkan banyak kejayaan yang telah dicapainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu atau kurang perasaan dengan pencapaian-pencapaiannya itu.


Penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak ini misalnya dilihat telah membuat beberapa anjakan dalam persada muzik tanah air dan dikatakan penyanyi tempatan paling cemerlang pada saat ini.

Ini dapat dilihat berdasarkan jualan album Zikir Terapi Diri dalam bentuk cakera padat yang melebihi 80,000 unit dalam masa 10 bulan. Album itu turut tersenarai sebagai paling laris di Malaysia bagi tahun 2012 dan menjadi satu rekod baharu serta penanda aras bagi industri muzik tempatan pada hari ini.

Pada ketika ini tidak ramai penyanyi tempatan yang mampu membuat penjualan album sebanyak itu termasuk Datuk Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai penyanyi nombor satu negara.

Album itu juga menduduki tangga teratas paling laris di iTunes di Malaysia dan Asia, sebaris dengan nama-nama besar lain dalam industri muzik dunia.

Fakta itu berdasarkan pencarian di iTunes yang mendapati album itu turut dimuat turun di Mexico, Jepun, Uganda, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.


Album Zikir Terapi Diri turut dicalonkan untuk dua kategori iaitu Rakaman Album Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) yang lalu.

Dalam era muzik yang sentiasa berkembang, elemen muzik berkonsepkan world music yang sarat dengan unsur ketuhanan dilihat dekat dengan para pendengar. Tidak kira pendengar beragama Islam mahupun yang bukan Islam juga mudah untuk menghayati irama muzik Hafiz.

Senario itu mungkin ada kaitannya dengan trend world music yang bertemakan keIslaman seperti yang telah banyak diketengahkan penyanyi dari luar negara seperti Maher Zain, Sami Yusuf, Irfan Makki, Zain Bikha dan Hamza Namira.

Irama itu juga tidak lagi dilihat stereotaip seperti dulu malah pendekatan dalam lirik lagu juga diperluaskan dan meliputi isu-isu kemanusiaan sejagat.

Apatah lagi lagu-lagu Hafiz banyak yang berunsurkan zikir seperti Ya Latif, Astaghfirullah, La Hawla Wa La, Tawbatan Nasuha, Subhanallah, Alhamdulillah dan Lawkana Bainana amat sesuai diamalkan oleh para pendengar beragama Islam.

Selain berbentuk hiburan, lagu-lagu itu juga boleh dijadikan amalan beribadah dalam kehidupan seharian.

Kemunculan semula Hafiz yang lebih menyerlah berbanding dulu itu harus diberi perhatian ramai. Mungkin bekas pengacara rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 itu akan membawa suatu anjakan baru dalam industri muzik tempatan.

Ironinya, kemunculan paling menyerlah Hafiz pada Konsert Zikir Terapi Diri itu sempena sambutan tahun baru Hijrah 1434. Sebabnya pada 1997, kumpulan nasyid Raihan pernah mengejutkan industri muzik tanah air apabila album sulung mereka, Puji-Pujian dijual lebih 750,000 unit dan rekod itu belum dipecahkan sehingga kini. Album itu diedarkan di pasaran pada Ramadan tahun itu sempena mengambil berkat bulan tersebut.

Justeru, diharap seiring Hafiz mampu membawa anjakan baru terhadap trend penerimaan lagu-lagu berunsurkan keIslaman dan ketuhanan di kalangan karyawan serta peminat muzik tanah air.

Berikut merupakan klip video daripada Hafiz Hamidun yang paling MMI suka ..



Jangan lupa Album Zikir Terapi Diri 2 telah di lancarkan petang ini.TERBAIK !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels