Followers

Thursday, 18 July 2013

Buka Puasa Dengan Nasi Kandar TERBAIK Untuk Yang Benar-Benar TAHAN !! WHY ??


Sebut saja nasi kandar maka pasti Pulau Pinang merupakan hub untuk menu terbaik ini kihkih hub tu !! MMI antara ribuan peminat nasi kandar ni namun taklah sampai hari-hari bedal menu ni cumanya entri kali ini bakal mendedahkan tentang segelintir peniaga nasi kandar yang tidak mementingkan kebersihan dalan menjalankan perniagaan mereka.

BAYAN LEPAS - Selamba saja si tukang masak sebuah restoran nasi kandar di sini memakai singlet serta berkain pelekat yang diikat tinggi, sambil memasak lauk pauk untuk dijual kepada pelanggan.

Tepung yang digunakan untuk membuat roti canai dan pelbagai jenis roti lain pula hanya diletakkan di sebelah tandas sahaja.

Bukan itu saja, si tukang masak yang juga dipercayai pemilik restoran berkenaan mengejutkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika membuka peti sejuk tempat menyimpan bahan mentah.

Di dalam peti tersebut didapati kuah kari meleleh di segenap ruang dalam peti sejuk yang terdapat di dalam restoran yang terletak di kawasan Bayan Lepas itu.

Operasi mengejut yang bermula seawal jam 8.30 pagi semalam turut mendapati darah haiwan bertakung di atas lantai di bahagian dapur belakang.

Selamba saja si tukang masak bersinglet dan berkain pelekat diikat tinggi ini menyediakan bahan masakannya di tepi tandas dengan pintu terbuka

Sudah tumbuh akar, begitulah rupa kacang dal yang disimpan dalam peti sejuk sebuah restoran nasi kandar

Tidak basuh sebelum masak

Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamed kemudiannya bertanya kehairanan bagaimana telur yang dimasak untuk pelanggan dipecahkan dalam keadaan yang mengotorkan.

“Saya tahu telur-telur ini memang tidak basuh kerana lihatlah bagaimana keadaan kamu gunakannya, kamu basuh atau tidak?,” katanya.

Kemudian selamba sahaja lelaki yang penuh dengan jambang itu mengaku kepada penguat kuasa telur ayam yang dimasaknya langsung tidak dibasuh sebelum dimasak.

Ketika ditegur supaya mencuci peti sejuk, lelaki berkenaan dengan nada ceria menjawab, ‘hari-hari saya cuci encik’.

Jawapannya hanya disambut dengan senyuman daripada anggota penguat kuasa sedangkan kacang dal yang berada di dalam peti sejuk sudah mula tumbuh akar.

Pemeriksaan kebersihan itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di hadapan lokasi restoran yang sama.

Pegawai kesihatan mengesan lipas yang begitu banyak dalam stok tepung dan gula di sebuah premis nasi kandar.
Ketika melangkah ke satu ruangan yang dipenuhi bekalan tepung dan gula dalam restoran itu, didapati lipas dan pelbagai jenis serangga memenuhi kawasan tersebut.

Akibatnya, kedua-dua restoran berkenaan diarahkan tutup oleh JKNPP selama dua minggu.

Operasi setiap bulan

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi hampir tujuh jam itu mengakibatkan 22 premis makanan ditutup di seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak 34 premis diperiksa dan hampir 50 peratus daripadanya melibatkan kedai nasi kandar.

“Kesemua premis yang ditutup mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, sekiranya didapati bersalah, pemilik premis boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya dalam tempoh dua minggu ada antara pemilik premis yang berdegil, kami tidak akan teragak-agak dan akan mengambil tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Operasi yang turut melibatkan Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan pejabat Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut mengeluarkan sebanyak 57 kompaun dan enam notis amaran dari KPDNKK.

Bermula Januari 2013 hingga Julai ini, sebanyak 96 premis ditutup atas kesalahan terlalu kotor di seluruh negeri ini sementara 3,288 telahpun diperiksa. Ku Nafishah berkata, pihaknya akan menjalankan risikan selama lima hari untuk melihat premis yang mana perlu diperiksa.

“JKNPP kami akan menjalankan operasi kebersihan ini setiap bulan sehinggalah memastikan premis makanan di Pulau Pinang mencatat tahap kebersihan yang sepatutnya,” katanya.sumber 

Macam yang MMI kata tadi hanya yang benar-benar tahan saja boleh berdepan dengan masakan yang semacam ini..Huhuhu tapi jangan risau banyak pilihan nasi kandar di Pulau Pinang sekarang yang penting buatlah pilihan dan cari yang benar-benar bersih.

Lagi menarik kalau ada kenalan di Pulau Pinang minta mereka tolong rekomen atau tunjukkan di mana kedai terbaik pasti ampa semua tak akan kecewa....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels