Followers

Wednesday, 31 July 2013

CHETZ Keupayaan Penguatkuasaan & Kerajaan Kini Di Persimpangan


PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.Baca Selanjutnya

Alhamdulillah sudah ada tindakan daripada pihak berkuasa berkenaan isu minah dengan anjing ni cumanya dari pemerhatian MMI masih ada beberapa perkara yang rasanya akan menyebabkan isu sensitif kepada orang Islam ini akan berlanjutan.

Malah dalam beberapa perkara ianya turut melibatkan kredibiliti kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya tentang bagaimana isu ini akan di tangani.

Jangan lupa tentang satu perkara peguam yang mewakili Chetz adalah Latheefa Koya yang semua pihak sedia maklum antara mereka yang lantang memperjuangkan agenda pasukan pembangkang.Dalam beberapa perkara beliau juga merupakan penyokong gerakan mereka-mereka di luar sana yang kononnya bersuara atas nama hak asasi manusia.

MMI kurang pasti sejauh mana ianya akan berlaku selepas ini cumanya mungkin kes ini akan sampai ke tahap hak individu.Sudah pasti Chetz akan mempertahankan tindakannya atas alasan-alasan sedemikian.

Merujuk kepada pihak kerajan dan agensi-agensi di bawahnya pula seperti JAKIM , Mahkamah Syariah , Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi , Majlis FATWA Kebangsaan , undang-undang serta akta-akta tertentu di tambah pula portfolio di Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai seorang Menteri berkenaan hal ehwal agama apakah sekali lagi negara akan menyaksikan kelemahan penguatkuasaan terhadap mereka-mereka yang menginggung sensitiviti umat Islam lain di Malaysia ?

Setakat ini rekod menunjukkan mereka-mereka yang seangkatan dengan Chetz kebanyakkannya akan di lepaskan setelah keterangan di ambil cumanya baru-baru ini sahaja pasangan Alvin dan Vivian sudah pun di hadapkan ke mahkamah itupun di bebaskan dengan ikat jamin.

MMI bukan mahu mempertikaikan mana-mana pihak cumanya terfikir apakah kita sekali lagi akan tunduk terhadap desakan serta tindakan sebegini dan menjadikan agensi-agensi di bawah kerajaan itu sebagai hidup segan mati tak mahu.

Apa pula agaknya tindakan SKMM dan kementerian terlibat kerana sehingga entri ini di tulis video Chetz masih lagi boleh di akses di laman YouTube.

Persoalan yang harus sama-sama kita rungkaikan bagaimana dengan Islam ?? Bayangkan natijahnya ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels