Followers

Tuesday 16 July 2013

GEMPAR CALON Kontraktor PAS Kuala Besut PROKSI Individu Tertentu Di KELANTAN ?!!


Calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Besut sebelum ini menyatakan bahawa beliau sememangnya tidak berminat untuk menjadi calon. Namun pucuk pimpinan PAS meletakkan beliau sebagai calon bagi PRK Kuala Besut dengan bermodalkan Che Long adalah anak tempatan dan bukan orang yang korup serta mampu menjaga kebajikan rakyat Kuala Besut.

Bila bercakap soal menjaga Kebajikan ini maka saya merasakan calon PAS iaitu Che Long bukanlah satu pilihan yang bijak oleh para pengundi Dun Kuala Besut kerana latar belakang beliau yang berkelulusan SPM dan tidak pernah berkhidmat untuk rakyat melainkan amat sibuk dengan syarikat yang beliau miliki iaitu syarikat Kontraktor kelas A.

Sebagai permulaan saya agak terkejut dengan latar belakang calon PAS kerana walaupun beliau berkelulusan SPM namun mampu memiliki lesen Kontraktor kelas A yang bukanlah sesuatu pekara yang mudah untuk dimiliki oleh rakyat apatah lagi dengan kelulusan beliau setakat SPM. Namun saya berfikiran positif bahawa kerajaan yang ada hari ini telah banyak membantu ramai Kontraktor yang ada sehinggakan yang berkelulusan SPM diberikan lesen Kontraktor kelas A.

Seorang rakan saya dari Kota Bharu mengirimkan kepada saya beberapa lampiran dokumen Syarikat milik calon PAS yang bertanding. Apabila saya selidiki status syarikat tersebut saya agak sangsi dengan matlamat yang didendangkan oleh PAS dalam kempen PRK mereka kerana calon PAS iaitu Che Long merupakan Kontraktor kelas A yang amat sibuk menjalankan perniagaan nya di Kelantan dan tidak nampak kebarangkalian untuk calon PAS menjaga serta membela rakyat Kuala Besut andaikata beliau menang PRK ini.


Agak menarik untuk diperkatakan bahawa syarikat Calon PAS ini didaftarkan di Kelantan dan bukannya di Terengganu. Atas sebab apa syarikat tersebut didaftarkan di Kelantan saya tidak pasti namun saya berfikiran positif berkemungkinan jarak Besut dan Kota Bharu yang sekitar sejam berbanding Kuala Terengganu mungkin menyebabkan calon PAS mendaftarkan syarikat beliau di Kota Bharu Kelantan.

Namun ada sedikit kesangsian yang saya lihat dengan cerita awal yang saya dengar tentang penglibatan Pengarah kempen PRK Kuala Besut iaitu Dato Haji Hussam Musa dengan calon PAS Endut @ Azlan Bin Yusof.

Mengikut dari sumber sebuah Blog KLIK DISINI calon PAS merupakan kenalan rapat kepada Hussam Musa pengarah PRK PAS untuk Kuala Besut. Dari cerita yang timbul itu juga ada pengakuan dari pihak pihak dari Kota Bharu yang menyatakan bahawa Endut @ Azlan Bin Yusof ada berjumpa dengan Hussam Musa di Kota Bharu sebelum lagi pilihanraya kecil ini diadakan.

Didalam lampiran dokumen syarikat calon PAS ini juga saya melihat satu nama "Mahadi Bin Yusof yang beralamat di Lot 395 Seksyen 65, Kampung Kota, Salor 15100 Kota Bharu Kelantan". Individu ini merupakan Secretary didalam syarikat milik calon PAS.

Sama ada kebetulan ataupun sebaliknya syarikat milik calon PAS yang dikatakan mempunyai kaitan rapat mendapat projek dari Kerajaan PAS Kelantan ini telah didaftarkan oleh seorang Secretary yang berasal dari tempat yang sama lahirnya Datuk Paduka Haji Hussam Musa bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan penggal lalu. Hussam Musa lahir di Kampung Kota Salor yang mana sama dengan secretary syarikat calon PAS bagi PRK Dun Kuala Besut.

Keronisme seringkali kita dengar walau dimana mana sekalipun. Namun yang sering kita dengar adalah Keronisme yang dikatakan oleh pihak pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional. Apakah benar hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mengamalkan keronisme? Bagaimana dengan Pakatan Rakyat? PAS,DAP dan PKR?

Saya yakin dan amat pasti bahawa calon PAS yang bertanding di PRK Kuala Besut adalah seorang Kontraktor kelas A yang hanya diguna pakai namanya untuk kepentingan individu tertentu dalam kepimpinan PAS pusat. Tidak perlu saya bercakap mengenai pekara ini lagi kerana anda yang membaca dan pastinya boleh berfikir dengan bijak mengenai pekara ini.Baca Seterusnya 

Komen MMI , sesiapa sahaja yang berada dalam lapangan atau bidang yang sama sudah pasti faham dan tahu bagaimana ianya berlaku.Bukan menuduh tetapi seperti ayat diatas yakin dan amat pasti hahaha..."Only The Players Can Feel It"!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels