Followers

Sunday, 28 July 2013

Ibarat Tarik Rambut Dalam Tepung ~ Masih Boleh Pakai Lagi Ka Istilah Ni ??

Gambar Hiasan
Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun Mahathir pada satu ketika dulu kini dan semakin hampir.Hanya 7 tahun sahaja yang memisahkan kita dengan hari bersejarah yang bakal menjadi kenangan buat semua rakyat Malaysia.MMI sendiri tidak pasti apakah yang bakal berlaku pada hari tersebut cumanya menjadi harapan untuk melihat seluruh rakyat mampu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang kita nikmati hari ini.

Untuk makluman Wawasan 2020 merupakan satu konsep yang telah di bentangkan oleh Tun Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia di Mesyuarat Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 FEBRUARI 1991.

Tun Mahathir pada ketika itu menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia sebagai sebauh negara industri dan pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut ACUAN kita sendiri.

Kemajuan yang di maksudkan meliputi aspek EKONOMI , POLITIK , SOSIAL , KEROHANIAN dan SEKTOR KEBUDAYAAN.


Dalam masa yang sama banyak pihak pernah mempersoalkan mengapa 2020 dan bukannya tahun-tahun lain ? Mengapa 2020 ?
~Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan persaingan yang pesat (30 tahun)
~Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia (Berjaya/tidak dalam pembangunan perindustrian)
~Bersama dalam "Megatrend" (Di tentukan oleh pembangunan sains , teknologi dan komunikasi)
~Jangka masa yang munasabah dan praktikal (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah di capai)
Dalam masa yang sama terdapat 9 cabaran untuk merealisasikan apa yang dipanggil Wawasan 2020 dan ianya seperti berikut..

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,  dinamik, giat dan kental.

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia , politik dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan "framework of action" bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kaedah sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

Persoalannya selama Malaysia mengorak langkah menuju Wawasan 2020 yang hanya berbaki 7 tahun dari sekarang , apakah kita benar-benar berada di landasan yang terbaik untuk mendepani apa yang telah kita rancang sejak 23 tahun yang lalu ?

Banyak perkara yang sebenarnya telah terhasil daripada misi yang di cetuskan melalui Wawasan 2020 ini namun jangan sesekali menidakkan suasana atau geopolitik negara yang kini agak membimbangkan.

Pelbagai cara dan tindakan yang jauh sekali menyimpang daripada misi Wawasan 2020 ini semakin mengisi tempat dan ruang yang sebenarnya di sediakan sendiri oleh kita.Contohnya isu melibatkan penghinaan agama dan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi.

Malah himpunan oleh mereka yang kononnya berdiri atas nama rakyat seolah-olah seperti melihat slot drama minggu ini di kaca televisyen.Ada sahaja gerakan-gerakan seperti ini di lakukan oleh mereka yang sebenarnya cuba untuk memusnahkan apa yang telah kita rancang.

Jangan lupa dalam beberapa keadaan NGO cauvinis jauh lebih berani malah boleh pula memberikan kata dua kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan di lihat lebih kepada mengikut.

Natijahnya kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang selalunya akan berakhir dengan kita mengalah dan sudah berlaku insiden Guru Besar di rehatkan sebelum menantikan tindakan hanya kerana isu yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pesanan MMI , walaupun kita mahu memperlihatkan sikap bertoleransi dengan mereka-mereka di luar sana tetapi ada masa dan ketikanya kita perlu pertahankan prinsip dan dasar kita khususnya untuk berdepan dengan perjalanan yang berbaki lagi 7 tahun.

Memetik kenyataan daripada Prof Madya dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah melalui blognya beliau menulis , Jika kita terus bermain tarik tali, sampai bila-bilapun negara ini akan terus bermasalah, sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita. Kita pula tidak habis-habis membuang masa dan tenaga serta harta benda, memikirkan untuk menyelesaikan perkara yang sepatutnya telah selesai sekian lama, tanpa perlu dibicarakan lagi. Berdaulatkah kerajaan kita sebenarnya? Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama masih terngiang-ngiang ungkapan seorang pemimpin dari kalangan mereka yang sebangsa dengan MMI , ada ketikanya kita perlu selesaikan masalah seperti mana ungkapan "IBARAT TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG , RAMBUT TAK PUTUS TEPUNG TAK BERSELERAK" soalnya masih boleh pakai lagi ka ungkapan tu ????

Psst berselerak banyak sangat dah , rambut tak tarik-tarik juga !!


MMI

2 comments:

  1. mcm mana nak tarik rambut, kalau rambutnya dah tak jumpa....tertimbus dlm bertan2 tepung gandum cap sauh

    masa sikit tepungnya x mau tarik rambut tu, dah bertimbunpun buat dek aje......mmg bertanggungjawab

    ReplyDelete
  2. Kefahaman politik yg bercelaru demontrasi jalanan terjeritjerit terkinja kinja buang masa masuk universiti terpaksa diberhentikan sifat menghormati antara kaum semakin tiada MACAMMANA NAK MENCAPAI WAWASAN 2020?

    ReplyDelete

Labels