Followers

Monday, 1 July 2013

Jom Dengaq Cita SPIN Tony PUAKA !!!


Tony Pua satu nama yang tengah panas sekarang ni khususnya tentang isu Jonker Walk di Melaka dan isu penutupan pasar ramadhan yang telah membangkitkan kemarahan orang Islam di Malaysia.Malah beliau turut menunjukkan sikap RASISnya apabila bersungguh-sungguh mempertahankan Jonker Walk sebabnya nak menjaga kepentingan kaum Cina yang kebanyakkannya adalah peniaga di situ.Baca SINI dan SINI

Setelah di hentam kiri dan kanan akhirnya si Tony ni mula bersuara dan MMI yakin suara itu setelah melihat kepada semua sudut dan paling pasti setelah ianya mendapat sentuhan teman-teman karib bagi menyelamatkan keadaan.

Apa lagi satu lagi cerita SPIN penuh dramatik bertajuk "Luahan Tony Puaka" mula di dendangkan.
Ketua Publisiti DAP Tony Pua menafikan beliau bersikap perkauman kerana mencadangkan Pasar Ramadan ditutup sebagai tindak balas terhadap penutupan pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka yang hangat diperkatakan.
Sebaliknya, kata Pua, kenyataannya itu diputarbelitkan oleh media dan beliau langsung tidak bermaksud mahu menutup Pasar Ramadan di negara ini.
"Umno yang menutup bazaar Ramadan, tetapi saya yang dituduh menghasut sentimen perkauman dan menyinggung perasaan umat Islam. 
"Konteks kenyataan saya yang menyoal tindakan kerajaan Umno Melaka adalah jelas. Hanya yang bodoh atau yang berniat jahat sengaja memberikan maksud lain kepada apa yang saya sebut," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Dalam satu artikel yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam, penulis Awang Selamat mendakwa Pua dalam memperjuangkan peniaga Jonker Walk, telah ‘menyinggung hati umat Islam’ apabila mencadangkan pasar Ramadan ditutup kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Pada sidang akhbar hari ini, Pua berkata, kenyataannya itu sebenarnya bertujuan menyindir Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron kerana gagal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri itu.
"Saya telah menyindir logik Ketua Menteri Melaka yang memberikan alasan tidak wajar bahawa pasar Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya. 
"Kami tidak boleh terima alasan tersebut kerana alasan tersebut akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup, bukan sahaja di Jonker Walk, (malah) Taman Chempaka," katanya.
Sehubungan itu Pua mencabar Utusan Malaysia, supaya memperbetulkan tuduhan mereka dengan menerbitkan berita mengatakan DAP sebenarnya mempertahankan hak orang-orang Islam.
Beliau, sebaliknya mendakwa kerajaan negeri Melaka di bawah Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab menutup bazar Ramadan di Taman Cempaka termasuk pasar malam Jonker Walk.Baca Seterusnya 
Amacam ? Terbaikkan cerita tu ? Sebab itulah MMI katakan yang ianya adalah cerita penuh dramatik mengalahkan slot Akasia Teduhan Kasih di TV3.

Namun seperkara yang perlu kita semua tahu adalah kenyataan di Tony tu banyak yang meleset daripada apa yang berlaku sebenarnya.

Merujuk kepada analisa yang di buat oleh sahabat blog Dr MiM ternyata Tony Pua sebenarnya KANTOI apabila cuba mengaitkan Utusan Malaysia sebagai pihak yang memutar belitkan kenyataannya.

Dr MiM

Nampaknya, Tony Pua dan DAP begitu kalut dengan kenyataan kontroversi beliau tentang penutupan pasar ramadhan yang dilihat sebagai rasis dan dendam.

Dan bagaimana cara DAP mencuci tangan mereka? Ialah dengan menyalahkan pihak lain dan kali ini ialah suratkhabar Utusan Malaysia! 

Begitu senang modus operandi parti politik DAP yang sekarang berdepan dengan masaalah dalaman parti yang ibarat sarkas dan amat memalukan iaitu isu pemilihan CEC dan ROS parti itu.

Utusan dilabel sebagai fitnah bodoh dan hasutan jahat. Segalanya disiarkan di dalam lidah rasmi parti itu.

Di antara laporan lidah pembohong parti rasis itu :
Minggu Malaysia dalam kolum Awang Selamat mendakwa, “Pemimpin DAP, Tony Pua dalam reaksinya mengeluarkan kenyataan provokatif beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas." 
Pua ketika dihubungi Roketkini.com berkata, tuduhan itu adalah fitnah tidak berasas dan dangkal. 
“Terang dan jelas ini satu pembohongan dahsyat, bila saya berkata begitu,” ujarnya. Seterusnya 
Sedangkan Pua dalam kenyataannya Rabu lalu hanya berkata “Kami menyeru kerajaan Melaka segera menarik balik pengharaman pasar malam Jonker Walk dan berhenti menggunakan alasan ‘mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas’ seolah-olah alasan yang sama juga boleh digunakan untuk menutup semua pasar malam dan pasar tani di seluruh negeri dan negara."
Persoalan besar sekarang ialah apakah benar Tony Pua 'hanya berkata “Kami menyeru kerajaan Melaka segera menarik balik pengharaman pasar malam Jonker Walk dan berhenti menggunakan alasan ‘mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas’ seolah-olah alasan yang sama juga boleh digunakan untuk menutup semua pasar malam dan pasar tani di seluruh negeri dan negara."?

Apakah benar itu sahaja yang diperkatakan oleh ahli politik DAP itu  atau beliau telah berbohong kepada rakyat terutamanya umat Islam di negara ini? Untuk jawapannya Dr MiM 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels