Followers

Friday 12 July 2013

MCA Kini Hanya Tinggal JASAD , Chua Soi Lek PERLU BERUNDUR !!!


MMI tahu ramai di luar sana sebenarnya kurang senang dengan parti MCA sejak dua menjak ni.Namun mungkin kerana ikatan dan persahabatan yang telah terjalin begitu lama dalam Barisan Nasional menjadikan sesetengahnya malas untuk terus mempertikaikan tentang keupayaan MCA mendepani pengundi dan rakyat berbangsa Cina.

Malah sejak 2008 yang lalu MCA seolah-olah hilang dari dunia politik tanahair dan gerak kerja mereka boleh di kira dengan jari.Apa yang MMI perhatikan MCA lebih banyak bercakap daripada bekerja , pernah di beberapa kawasan kelibat ahli-ahli MCA langsung tidak kelihatan.

Bila ada saja program yang di atur khususnya oleh UMNO , MCA antara parti komponen yang sering mendabik dada kononnya mempunyai ahli dan penyokong malah akan sentiasa bersama-sama dalam program yang di adakan.

Apa berlaku di hari program ? Hampeh .. hanya kelibat pimpinan mereka sahaja yang kelihatan , mana anak-anak buah ? HALIMUNAN !!!

Sudahlah GAGAL untuk terus kekal relevan sebagai parti yang membawa aspirasi kaum Cina , MCA kini di lihat seolah-olah sudah bertukar kem.Mungkin apa yang UMNO lihat kini hanyalah JASAD ahli-ahli MCA kerana ROH mereka sebenarnya sudah berada di lapangan lain.

Sebenarnya MCA tidak pernah bersungguh-sungguh berusaha untuk memenangkan Barisan Nasional dalam PRU 13 baru-baru ini.  Mereka bertindak ala kadar sahaja.  MCA tiada sebarang perancangan  dan tindakan serius untuk menarik pengundi Cina. Adalah mustahil mereka tidak tahu keperluan dan kemahuan sebenar pengundi Cina sehingga mereka gagal menarik pengundi Cina untuk menyokong mereka.Baca Selanjutnya 

Sebelum ini kita telah banyak kali menegur MCA apabila gagal mengawal berita yang dimanipulasikan dalam akhbar milik MCA iaitu The Star. Adun DAP bebas menulis dan mencatur berita dalam The Star sesuka hati mereka. MCA hanya membisu seribu bahasa yang mencerminkan bahawa MCA memberi lessen besar kepada DAP untuk berkempen dalam The Star.Baca Selanjutnya 

Kita harus membuat analisis  samada  ahli MCA yang berbangsa Cina , ahli gerakan dan komponen Barisan Nasional yang lain mengundi Barisan Nasional  dalam  PRU13 yang lepas. Sesungguhnya nombor tidak menipu. Walau dengan apa cara sekalipun kita mengira, namun kita akan tetap dapat keputusan lebih kurang hanya sepuluh peratus bangsa Cina menyokong Barisan Nasional di kawasan majoriti Cina Bandar.

Dalam lima kawasan yang mempunyai 331,385 pengundi yang berdaftar yang mana 273,640 orang telah keluar mengundi pada 5 Mei yang lepas. Ini bermakna purata 82.3% telah mengundi. Anggaran pengundi Cina yang menyokong Barisan Nasional pula lebih kurang 26,178 orang.

Kemana hilangnya ahli MCA yang berjumlah lebih dari sejuta keahlian. Adakah mereka tidak tinggal di Kuala Lumpur (Cheras, Kepong, Seputeh) ataupun di Pulau Pinang? Sekiranya ahli MCA dan Gerakan benar-benar mengundi parti mereka iaitu Barisan Nasional, mengapa undian dari kaum Cina terlalu kecil? Amat mustahil kita menolak hakikat bahawa MCA dan Gerakan telah gagal menjalankan tugas mereka.Seterusnya 

Barisan Nasional khususnya UMNO perlu berhati-hati dengan sebahagian besar daripada mereka yang mengaku ahli MCA.Kita perlu melihat dan bersedia dari sekarang kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan ramai di luar sana sudah boleh melihat dengan jelas sikap sebahagian daripada mereka yang secara terang-terangan tidak lagi selesa bersama Barisan Nasional.

Lihat sahaja isu pindaan terhadap Seksyen 107(b) Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) yang telah mendapat tentangan daripada banyak pihak bukan sahaja dari kalangan pembangkang tetapi juga dari rakan komponen Barisan Nasional sendiri sehinggakan ianya di tarik balik.Baca Sini 

Bukan soal penarikan atau tidak tetapi mengapa perlunya perkara tersebut di tentang oleh mereka yang mengaku sahabat dan rakan dalam Barisan Nasional ? Bukankah ianya boleh di rujuk di meja rundingan ?

Apa tempoh persahabatan sejak negara MERDEKA tidak cukup untuk meyakinkan mereka bahawa UMNO tidak pernah sesekali mengabaikan kaum-kaum lain malah sentiasa mematuhi perlembagaan negara ?

Sudahlah jangan main sorok-sorok lagi , MCA dalam komponen Barisan Nasional ibarat JASAD tanpa ROH..Sesuatu perlu di lakukan bagi membuktikan kesetian MCA terhadap Barisan Nasional.

Bagaimana ?? Chua Soi Lek harus berundur kerana beliau bertanggungjawab terhadap prestasi BURUK MCA sejak pilihanraya 2008 yang lalu.

Persoalanya mampukah ianya di lakukan ????

MMI

1 comment:

  1. Promosi murah2.. produk2 kesihatan dewasa dan fesyen tudung baru http://www.newgadgets.com.my/

    Jom Baca majalah lawak serius, ganjil di luar kotak fkiran di FB

    http://www.facebook.com/MajalahHiburanLawakSeriusGanjil

    tgk video paling kelakar

    http://www.senaraiemailmalaysia.com/VideoPalingKelakarAbadIni/

    ReplyDelete

Labels