Followers

Friday, 16 August 2013

Agenda Sosialis~ Syiah Kini Di Pulau Pinang ?!!


Seorang kenalan memaklumkan pada MMI kelibat Khalid Ismath di kesan berada di Bertam Kepala Batas dalam dua tiga hari ni dan khabarnya mamat ni check-in di Motel Bertam Kepala Batas.Ada apa-apa program atau perhimpunan pula ka ? Soal kenalan MMI tadi.

MMI sendiri kurang pasti , cumanya berdasarkan isu terkini mungkin kehadiran Khalid Ismath ada kena mengenanya dengan kemasukannya ke USM Pulau Pinang selain dari pertemuan dengan puak-puak seangkatan dengannya.

Berkenaan isu kemasukan Khalid ke USM ia menjadi isu panas dalam masa yang singkat. Ramai yang mengkritik USM berhubung kemasukan aktivis Syiah, Khalid Ismath ke Universiti APEX ini yang mengambil Pengajian Jarak Jauh dalam bidang Sains Politik.

MMI sendiri tidak berpuas hati dengan kemurahan hati pihak USM menawarkan tempat kepada budak ini walaupun hanya menerusi program PJJ dan bukannya sepenuh masa seperti yang disangkakan oleh banyak pihak. Namun, dalam hal ini, ia harus dilihat dari sudut teknikal termasuk aspek perundangan yang membenarkan Khalid Ismath membuat permohonan tersebut.

Kita tinggalkan kemelut tersebut buat sementara. MMI yakin pihak pengurusan USM mempunyai mekanisme sendiri dalam hal ini dan boleh mengawal pengaruh Syiah serta sikap biadap Khalid Ismath ini kelak.

Apa yang menarik perhatian MMI ialah dua keping gambar yang memaparkan Khalid Ismath mengadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sebaik tiba di Pulau Pinang bersama sekumpulan penyokong sosialis termasuk Komrad Haizal yang sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan isu berkaitan bendera kebangsaan.Turut bersama dalam kumpulan terbabit adalah Ahmad Tarmizi Abdullah Ahli Majlis MPSP.


Khalid Ismath disambut oleh Mat Sabu sebaik tiba di Pulau Pinang bersama kumpulan penyokong sosialis Malaysia. Lokasi : Restoran Sri Bawal, Pajak Song, Pulau Pinang. 

Menurut info yang diterima, pertemuan tersebut bukanlah pertemuan biasa-biasa. Jika perkara ini benar, maka sewajarnyalah USM memberikan perhatian yang lebih kepada isu Khalid Ismath menyambung pengajian di USM. Tujuan dia ambil PJJ juga perlu diteliti. Melalui program ini, Khalid Ismath mempunyai banyak masa terluang untuk menjalankan aktivitinya.

Sebelum ini juga ada desas-desus kuat mengatakan parti-parti pembangkang cuba menguasai politi kampus di USM namun gagal kerana proksi mereka seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Student Progressive Front (SPF), Kumpulan Cap Ayam, Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) dan sebagainya sering tewas dalam setiap pilihan raya kampus yang diadakan.

USM menjadi target utama dan juga beban besar kepada pembangkang kerana ia berada di dalam negeri di bawah pemerintahan DAP tetapi sehingga kini mereka belum berjaya menawan kampus ini secara mutlak.

Beberapa siri cubaan membawa masuk pengaruh politik luar yang pro-pembangkang juga sering gagal, malah dipatahkan lebih awal. Ia termasuklah cubaan menganjurkan siri demonstrasi tertentu di luar pagar USM, membawa masuk aktivis sosialis mahasiswa seperti Adam Adli dan Bawani dan banyak lagi. Hal ini menceritakan betapa sukarnya bagi pembangkang menembus masuk ke dalam USM seperti yang dilakukan oleh mereka di Lembah Klang.

Justeru dengan kehadiran Khalid Ismath ini, ia menjadi harapan baru kepada pembangkang dalam merealisasikan usaha terdesak mereka itu . MMI tidak pasti adakah perkara ini menjadi perhatian pihak USM setelah pelbagai maklumat diberikan. Namun yang jelas, Khalid Ismath datang bersama pengaruh dan agenda yang besar dan ia menuntut perhatian yang sewajarnya oleh USM.

Sementara itu, maklumat yang diterima sehingga lewat petang semalam, Khalid Ismath masih belum mendaftarkan diri di USM. Justeru statusnya sebagai pelajar masih belum disahkan walaupun rekod dalam senarai kemasukan jelas memaparkan namanya sebagai calon pelajar PJJ di universiti ini. 

Kena beringat sama bro ..


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels