Baru masuk hari raya ke enam , Anwar dah terlekat baulu dah semuanya gara-gara tersedak apabila membaca kenyataan Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia.Hihihi baru dia tau !
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuktikan dakwaan kononnya pengedaran surat misteri tentang 'urus niaga' beliau bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah konspirasi UMNO.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib (gambar) berkata, Anwar tidak perlu berdolak-dalik dalam menafikan dakwaan menerusi surat itu sebaliknya mengemukakan bukti kukuh.
Dalam masa sama, beliau mendesak Anwar mengisytiharkan aset yang dimiliki secara terbuka sekali gus menolak kebenaran dakwaan menerusi surat tersebut.
"Sebagai pemimpin, Anwar mesti menunjukkan sikap amanah terhadap rakyat, bukannya hanya mencanangkan kepada umum demi kepentingan sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, bekas calon BN Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan Karpal.
Namun, ketika membuat laporan polis berhubung pengedaran surat misteri tersebut, Anwar dan Karpal menafikan dakwaan 'urus niaga' berkenaan sebaliknya mendakwa perkara itu sebagai fitnah UMNO.
Mengulas isu sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar bertanggungjawab menjelaskan isi kandungan surat itu sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.
Tambahnya, tindakan Anwar yang terus menyalahkan pihak lain dalam sebarang isu yang dikaitkan dengan beliau tidak akan menyelesaikan masalah dan dalam masa sama menafikan hak rakyat untuk mengetahui kebenaran.
Menurut beliau, Anwar sepatutnya tidak berasa takut membuat penjelasan berkenaan pendedahan surat misteri tersebut kepada umum sekiranya berasakan beliau berada di pihak benar.utusan
MMI
No comments:
Post a Comment