Followers

Saturday 31 August 2013

Dialog Bersama Pimpinan BN , Helah Atau Terdesak ??


Walaupun ada pihak-pihak tertentu yang melihat usaha Brader Anwar Bin Ibrahim ni sebagai satu lagi helah politiknya untuk terus bertahan dalam politik songsangnya , MMI yakin dan percaya ianya adalah kerana keadaan dan senario politik terkini yang memperlihatkan bukan sahaja Anwar tetapi juga barisan Pakatan Haprak yang semakin terdesak.

Boleh dikatakan PAS kini membisu setelah mereka di lihat sebagai parti yang hilang arah  manakala DAP kini berdepan dengan krisis integriti pimpinannya dalam isu pemilihan CEC manakala PKR pula terkontang kanting dek kerana kerakusan para pemimpinnya.

Kerana itu Anwar kini mula bertindak dan tindakan itu bolehlah kita ibaratkan sebagai si penipu yang kini terdesak untuk menghabiskan sisa dunia politik jijiknya.

Hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan sesi dialog bersama Barisan Nasional (BN) setelah kebanyakan petisyen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pembangkang kalah disifatkan tindakan terdesak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata  hasrat Anwar untuk berdialog itu sebagai tidak ikhlas Anwar dan sudah kehilangan modal politik setelah rakyat dilihat menerima keputusan PRU13 dengan baik malah kebanyakkan keputusan mahkamah turut memihak kepada BN sekaligus membuktikan ketelusan nyata dalam sistem pilihanraya negara. 

"Apabila beliau (Anwar Ibrahim) terdesak, tiada modal sedangkan rakyat terima keputusan (pilihanraya). Jangan cuba menampakkan kononnya beliau nak menyatu padukan negara.

"Beliau masih degil buat demonstrasi, pertikai keputusan PRU13 di media dan pentas antarabangsa. Kita mesti ikhlas jika mahu berdialog dan saya tidak nampak keikhlasan itu di pihak Anwar Ibrahim," katanya.

Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan turut memberitahu BN sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam membincangkan apa jua perkara namun tindakan pembangkang kelihatan menongkah arus apabila seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatu-padukan masyarakat kearah perpaduan nasional disambut suram.

"Kita sentiasa terbuka didalam Barisan Nasional (BN). Apabila Perdana Menteri setelah selesai PRU13 beliau menyeru ke arah perpaduan nasional. Ketika itu tiada usaha Ketua Pembangkang untuk sambut seruan itu.

"Apa yang kita dapat lihat adalah siri demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, pertikai keputusan PRU13, masuk mahkamah (petisyen) dan apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, baru sekarang (Anwar) cadang untuk adakan dialog, saya harap rakyat boleh menilai," katanya. sumber

MMI

2 comments:

  1. Jgn dilayan binatang yg meroyan ni, lagi dilayan lagi semua org jd biol.

    ReplyDelete
  2. Jangan terperangkap dgn mainan politik Anwar Ibrahim.Kes2 mahkamah beliau berlambak2.Masalah peribadi belum lagi selesai.Ini pulak nak bantu selesai masalah negara.Percaya??

    Perangai tak menunjukkan spt seorg pemimpin.Cukuplah.

    ReplyDelete

Labels