Followers

Wednesday 28 August 2013

Peguam Negara Atau SARKAS ?? Kesian ..


MMI dah lama perhatikan Ghani Patail ni sebabnya sebagai peguam negara beliau bertanggungjawab dalam banyak perkara melibatkan perundangan negara.Dalam masa yang sama MMI yakin beliau mampu memikul amanah dan tanggungjawab sebagai hakim nombor satu negara.

Namun keyakinan itu sedikit demi sedikit makin goyah apabila beliau membuat kenyataan tentang akta yang telah di hapuskan.Tindakan beliau menyamakan pasukan polis sebagai ketagih dengan akta amatlah memalukan.

Sebagai hakim utama negara sepatutnya kenyataan sedemikian tidak keluar dari mulut celuparnya dan seharusnya beliau perlu membuat kenyataan berdasarkan perundangan bukan dengan emosi.

Hal tersebut telah mendapat reaksi daripada bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Rahim Noor.


Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana 'ketagih' dengannya adalah terlalu sinikal.

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang turut menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai tidak bijak.

“Bermakna undang-undang ketika itu diwujudkan tanpa kajian sehingga menyebabkan polis menjadi ‘ketagih’.

“Beliau (Abdul Gani) mesti tahu setiap undang-undang itu mesti mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara," katanya.

Kata beliau, sekiranya benar dakwaan tersebut, Gani perlu melihat bagaimana keberkesanan EO untuk berdepan dengan penjenayah berat.

“Beliau tidak bergelumang dengan penjenayah, dia tidak berdepan seperti kita dalam polis. Kita bercakap isu jenayah berat sekarang ini.

“EO tidak membantu polis adalah tidak benar, tanya sahaja kepada pesara polis, mereka akan mengakuinya,” ujarnya yang memegang jawatan nombor satu polis itu pada Januari 1994 hingga 1999.

Kata Rahim lagi, Abdul Gani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu dan beliau perlu kemukakan bukti sekiranya ia benar.

“Kecuali beliau memang ada buat kajian mendalam dari segi aspek ‘ketagihan’ dan mesti ada bukti yang sahih.

“Kalau tidak boleh memberi asas yang kukuh, saya anggapnya  sebagai sinikal dan bersifat sarkastik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Gani dalam laporan sebuah portal berita berkata, secara umum tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis menggunakannya kerana mereka ketagih dengannya.sinar

Sarkas ? Kesian...

MMI

1 comment:

  1. Lepas ni puak-puak fuckatan boleh ajak Peguam Negara main golf. Belanja sakan. Tak dapat bapak bagi kat anak bini. Lepas terhutang budi kepentingan negara tolak ketepi.

    hehehe...

    ReplyDelete

Labels