Gambar Hiasan |
Rasanya mungkin ini adalah kali pertama mereka terlibat secara langsung dalam perbarisan hari kemerdekaan bagi negeri Pahang yang akan diadakan di Kuantan.Jika sebelum ini mungkin mereka hanya melihat dari jauh kini golongan mak nyah terlibat secara langsung dan bakal berarak bersama-sama dengan kontijen lain pada tanggal 31 Ogos 2013 nanti.
Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan berita ini dan barangkali akan ada usaha untuk mempolitikkan isu ini.Maklumlah Malaysia adalah sebuah negara yang menentang sebarang bentuk hubungan mahupun kegiatan yang menjurus ke arah LGBT.
Namun MMI rasa kenyataan di bawah menjelaskan segalanya ..
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 rmak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.
Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.
Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.
"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.
“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.
Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.
Dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.
“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.Baca Selanjutnya
Bagi MMI ianya adalah permulaan yang baik cumanya kita perlu berhati-hati dalam merangka dan melaksanakan perancangan yang di fikirkan baik ini.Bukan apa kadang-kadang bimbang ianya mampu menimbulkan persepsi dan tanggapan yang kurang baik terhadap masyarakat dan kerajaan.
Apa pun selagi kita ikhlas dan menyimpan niat yang baik insyaallah segalanya akan di permudahkan.
Pssst jangan ada yang jatuh cinta sejenis pula nanti !!
MMI
dgn syarat, biar nampak kejantanan bukan kebetinaan dari segi penampilan...bukan dgn lipstik dan bedak, kasut tumit tinggi etc etc.
ReplyDeleteSaya setuju usaha yang baik tetapi kena teliti sikit. Macam-macam persepsi akan timbul. Kalau agak-agak tak lepas jangan buat.
ReplyDeleteBanyak perkara yang perlu di lihat seperti di masa prerarakan hendaklah di larang pakai solekan, rambut hendaklah menyerupai lelaki, buah dada kalau dah besar tu jangan tonjolkan ikat dengan kain, baju/pakaian/seluar hendaklah "cutting"/potongan lelaki. Saya cadangkan pakailah baju melayu lengkap bersongkok bersampin.
Sanggup ke?