Percayalah ini merupakan satu lagi gerakan terancang yang di lakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai niat dan kepentingan untuk meruntuhkan institusi negara.Tindakan mereka yang menggelarkan diri sebagai Rejimen Anarki atau Gerila Malaya ini bukan sahaja di lihat pro pembangkang tetapi juga sedang berusaha untuk menghasut rakyat supaya menolak sistem sedia ada seterusnya menentang Yang Di Pertuan Agong.
Tindakan menghina Sultan Johor jelas memperlihatkan sikap memberontak mereka dan MMI yakin ianya merupakan gerak kerja dan mekanisma yang sama seperti mana yang berlaku di negara sedang bergolak sebelum ini.
Sebelum ini rakyat telah dikejutkan dengan tindakan seorang pentaksub PAS yang sudah berkira-berkira mahu MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA menjelang tahun 2030 Baca Sini
Kita yakin GERAKAN TERANCANG ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja, malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan.
Kita cukup yakin gerakan anarki ini telah lama dicetuskan oleh pembangkang yang berselindung disebalik percambahan kewujudan laman sosial secara jelas menghina INSTITUSI SULTAN DAN RAJA Melayu.
Puak-puak ini sudah semakin berani, tanpa berselindung, melakukan penghinaan dan cercaan terhadap INSTITUSI SULTAN DAN RAJA Melayu.kredit
Kepada pihak berkuasa tolong pantau dan lakukan siasatan segera kerana ini bukan cerita main-main.Kehadiran puak-puak sebegini hanya akan mencetuskan kekacauan di bumi Malaysia.
Percayalah mereka sedang menggerakan hasutan supaya rakyat terus membenci kerajaan dan hampir pasti tindakan di jalanan adalah sebahagian daripada agenda mereka.
Siapa mereka ? Barangkali ada di antaranya bukan di kalangan kita , apa mungkin pihak luar terlibat ? Hanya tindakan dan siasatan sahaja yang mampu menjawabnya.
MMI
Hmm ni satu lagi golongan menggunakan isu tertentu, nak menjadi juara, untuk kepentingan sendiri, paling teruk mahu menghapuskan institusi sultan.....ini adalah benteng terakhir agama islam, dan aku rela melihat ada pemimpin melayu islam yang hebat dan kaya....ini kebanggaan melayu islam......isu2 kemiskinan memang xdapat lari dari dunia ini.....semua negara, tapi sedarlah malaysia adalah antara negara terbaik dalam membasmi kemiskinan.....
ReplyDeleteApalagi, banteras anasir2 buruk ni.......