Followers

Monday, 26 August 2013

GEMPAR Kakitangan Awam Pro Pembangkang Akan Di Singkirkan ?!

Gambar Hiasan
Pasti ada yang terkejut dengan tajuk di atas bukan ? Sabar dulu apa yang bakal MMI tulis nanti merupakan hasil daripada perbualan bersama seorang kenalan sewaktu siang tadi dan MMI membuat keputusan untuk berkongsi dengan semua.

Kita semua sedia maklum Vietnam merupakan sebuah negara yang unik bukan sahaja dari segi budayanya tetapi juga dengan sejarahnya.Bagaimana negara tersebut pernah terlibat dalam peperangan saudara sehingga melibatkan kuasa dunia Amerika Syarikat untuk masuk campur.


Perang Vietnam yang telah menjadi sejarah kini sebenarnya meninggalkan kita satu pengajaran yang amat berguna , dan MMI rasa ianya amat perlu di jadikan sebagai pedoman khususnya kita rakyat Malaysia.Bayangkan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat pun tewas di tangan rakyat Vietnam yang jauh ketinggalan dalam segala aspek jika di bandingkan dengan tentera Ameriak Syarikat.

Baiklah kita tinggalkan cerita sejarah itu sebentar , apa yang mahu MMI kongsikan adalah berita yang mengatakan kerajaan Vietnam hari ini telah pun mengeluarkan arahan kepada semua jabatan dan agensinya supaya menyaring semula semua kakitangannya.

Ianya membawa maksud setiap kakitangan kerajaan akan di saring sejarah hidupnya menjangkaui 5 generasi.

Mereka akan di saring sehingga 5 generasi sebelum mereka untuk mengetahui sama ada generasi itu terlibat dalam memberikan sokongan kepada pasukan tentera Amerika Syarikat sewaktu perang Vietnam lalu.

Sekiranya mereka atau 5 generasi sebelumnya terlibat sebagai penyokong penjajah Amerika Syarikat maka kakitangan tersebut akan di singkirkan daripada jawatannya.

Kenapa ianya di lakukan ? Berdasarkan sumber , kerajaan Vietnam tidak mahu mereka atau mereka yang berdarah pengkianat dalam pentadbirannya.

Fuh ! MMI sendiri pun kurang pasti apakah ianya benar atau sekadar omongan kosong tapi jika ianya benar apa pandangan anda ?

Teringat kat Malaysia ni berlambak puak macam tu yang kerja kerajaan , amacam kalau kita try macam cerita kat atas tu ? Hahahaha ...

MMI

2 comments:

  1. Sekadar pro dan menyokong, hak masing masing tp kalau sampai menentang dan sabo, mmg elok disingkirkan.

    ReplyDelete
  2. Setujuuuuu sgt... sepatutnya perkara seperti ini dilaksanakan.. nk termuntah rsnya tgk puak2 pengkhianat yg bekerja dgn kerajaan, rasa nikmat sbg penjawat awam, sain akujanji tp khianati...

    ReplyDelete

Labels