Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung setia blog MMI yang selama ini memberikan sokongan sehinggakan blog MMI di senaraikan di antara top 50 bloggers mesra kerajaan.MMI akui bahawa dengan sokongan ampa semualah yang telah memberikan semangat dan jati diri buat MMI untuk terus berblogging dan sudah semestinya perjuangan mempertahankan UMNO tetap menjadi agenda utama.
Di kesempatan ini MMI menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di mana-mana kerana sebagai manusia kita tidak pernah lari dari membuat kesilapan.
MMI percaya ada dikalangan ampa yang akan pulang ke kampung halaman atau mungkin ada yang sudah pun memulakan perjalanan , pesanan MMI hati-hatilah memandu supaya Hari Raya yang bakal di sambut besok lebih ceria bersama keluarga tersayang.
Tidak ada duit raya yang mampu MMI berikan kepada ampa semua memandangkan MMI bukanlah di kalangan orang-orang berada sekadar mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga membayar zakat fitrah dan membeli sedikit barangan keperluan untuk keluarga.
Oleh kerana itu MMI bawakan kepada ampa semua satu video yang rasanya boleh di kongsi sebagai pedoman kita bersama.
Jangan ambik hati na , moralnya walaupun kadang kala kita sampai tahap nak marah tetapi kena ingat ikatan kekeluargaan jauh lebih penting apatah lagi kita sesama saudara seagama.
Terbaik semua , Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin (kalau ada) hihi ...
MMI
No comments:
Post a Comment