Followers

Monday 12 August 2013

TERKINI AWAKENING Pak Lah BERSUARA


Banyak pihak memperkatakan tentang buku AWAKENING yang mencetuskan sedikit perbalahan apabila Pak Lah di kaitkan sebagai terlibat dalam pembikinannya secara langsung.Malah ianya berlarutan sehinggakan ada di kalangan pemimpin pembangkang sendiri yang akan melancarkan buku tersebut di Singapura.

Huh agak pelik apabila pemimpin pembangkang sendiri yang mahu melancarkan buku berkenaan Pak Lah sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO lainnya termasuk Pak Lah sendiri tidak mengeluarkan sebarang persetujuan atau kenyataan tentang perkara diatas.

Apakah ianya ada kaitan dengan permainan politik pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO ?

Sebelum ini MMI sudah pun menulis tentang isu tersebut dan ianya jelas menafikan keterlibatan Pak Lah secara langsung dalam penerbitan buku tersebut.Baca Sini 

Namun selagi empunya diri tidak bersuara maka banyak pihak masih tidak berpuas hati dan ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.

Oleh kerana itu Pak Lah hari ini bersuara dan mengeluarkan kenyataan media pertamanya berkenaan isu penerbitan AWAKENING ini.

Kenyataan media Tun Abdullah Ahmad Badawi ,

SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'.Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya.

Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.

Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh.

Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan.

Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut.

Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya.

Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatar belakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'.

Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal?

Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini.

Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang.

Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu.

Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing.

Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara.

Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri.

Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah.

Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Saya tak pernah meninggalkan Umno dan insya-ALLAH bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya.sumber 

Harapan MMI adalah dengan kenyataan daripada Tun Abdullah sendiri pihak-pihak di luar sana dapat memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Dalam masa yang sama lihatlah sikap keterbukaan Pak Lah dalam mendepani isu seperti ini dan kita seharusnya bijak menilai kerana ada pihak di luar sana cuba mengambil kesempatan di atas apa yang sedang berlaku.

Sebak bila membaca petikan terakhir kenyataan Tun Abdullah ..

MMI

2 comments:

  1. Anwar Ibrahim pencetus kepada segala kecelaruan di Negara kita. Pakar dlm segala hal memecahbelahkan rakyat, pemimpin dan kestabilan Negara. Sejarah membuktikan Anwar Ibrahim mampu melakukan segala-galanya dgn tujuan menutup segala tindak tanduk songsang, rasuah, penyelewengan, penipuan, pengkhianatan, dan putar belit. Hanya satu jalan keluar perlu ditunjukkan kepada Anwar Ibrahim, dedahkan segala tindak tanduk kepincangan dengan bukti, setiap hari dan masa di media-media elektronik dan percetakkan. Anwar Ibrahim sudah tentu akan bertindak dan akan melakukan kesilapan besar melalui fitnah yang direka cipta sendiri.Sekiranya Anwar Ibrahim pakar dalam membakar hati rakyat, kita bertindak membakar hatinya.

    ReplyDelete
  2. Sebagai manusia yang pernah menerajui Malaysia Pak Lah tentu dah tahu siapa musuh dan siapa sahabat, dah tahu selok belok agenda musuh, dah tahu pada siapa yang patut diadu dombakan, memang Pak Lah terbuka tapi kena tengok dengan siapa kita terbuka, bukan semua orang ada niat yang baik bila berbaik dengan kita, bila dah jadi macam ni tak kan alasan sifat terbuka yang diberi? Adalah lebih baik berdiam diri andai suara kita hanya kedengaran sumbang dan menjadi bahan lelucon musuh.

    ReplyDelete

Labels