Tiga finalis Miss World Malaysia yang sebelum ini menggemparkan negara kerana mempertikaikan tentang pengguguran penyertaan mereka kerana beragama Islam di beritakan telah membuat permohonan maaf.
Sebelum ini empat peserta Miss World Malaysia digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.
Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.
“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.Baca Selanjutnya
Apa pun sekurang-kurangnya mereka telah memohon maaf dan sedar dengan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.Untuk makluman mereka telah membuat permohonan maaf itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.Baca Sini
MMI
Mak Bapak pun sama BIADAP. Ini BUKAN Islam ni .... ?
ReplyDelete