Followers

Wednesday, 4 September 2013

GAGAL Daftar PR Sebenarnya BUKTI Saifuddin Tak Buat KERJA !!


Sejak semalam Saifuddin ni melalak di merata tempat salahkan ROS kerana PR tidak dapat di daftarkan sebagai parti politik.Macam-macam alasan yang dia bagi tuduh sana tuduh sini kiranya sebagai setiausaha agung PKR dia ni umpama orang besilah langsung tak ada cacat celanya.

Alo brader sebelum nak channel dekat orang tengoklah diri sendiri dulu , ang tu baguih sangat ka ?

"ROS sedang menunggu permohonan PR, jadi saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat permohonan semula," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Oih kira hebat tu siap akan arahkan pegawai dia untuk buat permohonan semula.

Tapi ampa semua kena tau satu perkara , menurut pihak ROS mereka tidak dapat memproses permohonan PR sebagai sebuah parti politik kerana parti itu tidak pernah menghantar laporan tahunan memaklumkan mengenai penukaran pucuk pimpinan sejak 2009.Klik Sini ampa baca Saifuddin meracau macam mana.

Tu dia sejak 2009 bro ! Apa dia ni buat sejak 2009 ? Lena ka atau terlebih berpolitik ?

Hihi MMI bukan apa kalau dah di lantik sebagai orang kepercayaan untuk menguruskan hal-hal semacam ni patutnya bukan sekarang Saifuddin buat kenyataan , patutnya setiap tahun sejak 2009 lagi.

Malah Saifuddin turut mempersoalkan kenapa pihak ROS selepas 30 hari permohonan di buat tidak memberikan jawapan tentang status permohonan.Laaa yang hang tu lepas 30 hari buat apa ? Ni dah masuk 4 tahun dah !!  

Nampaknya dia ni lena banyak maklumlah bukan dia yang buat pegawai dia yang buat.

Satu ja MMI nak tanya kita sebagai pemohon boleh ka main tunggu ja tanpa melakukan apa-apa tindakan susulan contohnya antar pegawai pi tanya ka ? antar surat tanya tentang status ka ? Ni dak boleh salahkan pula ROS kerana tak bagi jawapan.

Ish Ish nampak sangat tak buat kerja !!

Kepada penyokong PR ampa mau tau dia ni lah yang jadi penyebabnya sebab tu PR sampai sekarang tak dak !!! Nak simpan lagi ka ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels