Followers

Wednesday, 4 September 2013

INFO Penjimatan Daripada Pengurangan Subsidi Minyak DiKembalikan


Penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api, akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek-projek infrastruktur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. 

Beliau berkata langkah itu merupakan pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar. 

"Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan serta warga asing, kami memberikannya terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Abdul Wahid berkata langkah itu merupakan proses untuk memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar. 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 3 September. 

Kerajaan membelanjakan RM24 bilion untuk subsidi bahan api setahun, kata Abdul Wahid. 

Sementara itu, semasa ditanya mengenai unjuran inflasi berikutan kenaikan harga petrol, Wahid berkata ia mungkin meningkat 0.3 peratus bagi 2013. 

"Berdasarkan analisis, kami yakin sekarang ini merupakan masa yang baik untuk mula menangani isu ini berikutan inflasi mencatatkan paras sekitar 2.0 peratus, yang secara relatifnya rendah berbanding negara lain di rantau ini," katanya.sumber 

Pada pandangan MMI kerajaan sedang meneliti pemberian subsidi khususnya petrol untuk di sasarkan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.Setuju dengan subsidi selebihnya di berikan secara terus kepada rakyat yang bernar-benar memerlukan melalui BR1M dan dalam masa yang sama rakyat tanpa mengira beza tetap mendapat subsidi petrol dari kerajaan.

Mereka yang menentang tindakan ini sebenarnya sedang menafikan hak mereka yang memerlukan.

Fikir habis-habis sebagai contohnya subsidi itu terus di tangan mereka yang hanya menunggang basikal atau subsidi itu hanya kepada mereka yang memiliki kenderaan ?

MMI

1 comment:

  1. Salam Saudara Blogger yg hebat,

    Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

    Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

    Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

    Salam perkenalan
    http://smvonline.blogspot.com/
    https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

    ReplyDelete

Labels