Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan mendedahkan nama-nama ketua atau dalang kumpulan kongsi gelap di negara ini seperti mana pendedahan 49 kumpulan gengster yang diumumkan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pendedahan itu mungkin akan dilakukan polis jika perlu dan signifikan dengan setiap tindakan serta siasatan yang dilakukan oleh PDRM.
Katanya, polis ketika ini mempunyai semua maklumat berkaitan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara termasuklah nama ketua yang bertanggungjawab menjadi dalang utama kumpulan.
"Jika perlu kita akan umumkan mereka yang menjadi ketua bagi kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini," katanya. UTUSAN ONLINE
MMI rasa selain dari mendedahkan nama ketua , tindakan atau operasi untuk menangkap mereka-mereka ini juga perlu di lakukan.Tak guna dedah nama sahaja tanpa tindakan , tak ada kesan !!..
MMI
Ya lah tu ... bila Ketua dan AJK Kongsi Tak Gelap diketahui semua ... tak pula PDRM tangkap dan masukkan ke penjara ... walaupun terangan perhimpunan Bersih tu diharamkan dan menyusahkan Rakyat.
ReplyDeleteNi nak buat ape dgn nama bos kongsi gelap.
Siar je kut !!!