Followers

Tuesday 3 September 2013

PANAS Portal Pro Pembangkang Cuba Burukkan MCA


Isu kenaikan harga minyak petrol RON95 yang diumumkan semalam oleh YAB Datuk Seri Najib seperti yang di ketahui telah mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.Malah semua pihak memperkatakan tentang kenaikan harga tersebut walaupun alasan kenaikannya telah di berikan Baca Sini  

Hari ini banyak pihak tampil dengan hujah masing-masing dan di antaranya termasuklah parti komponen BN iaitu MCA.Namun apa yang boleh MMI perkatakan portal pro pembangkang TMI di lihat cuba memutar-belitkan kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek apabila menyiarkan artikel bertajuk MCA SOKONG MINYAK NAIK HARGA.

Ini merupakan tindakan terancang yang cuba dimainkan oleh portal pro pembangkang terbabit supaya rakyat terus-terusan membenci kerajaan dan Barisan Nasional.

Jika membaca kenyataan sebenar daripada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek , tidak ada langsung mana-mana perkataan menyebut "MCA SOKONG MINYAK NAIK HARGA" tetapi sebaliknya MCA menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam tadi sambil menggesa kerajaan menambah baik jaringan pengangkutan awam.

Kenyataan selebihnya adalah merupakan penjelasan mengapa kenaikan tersebut di lakukan dan juga pandangan serta cadangan penambaikkan yang dirasakan perlu di lakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pemberian subsidi yang diamalkan dapat di sasarkan kepada kumpulan yang memerlukan.


Seperti yang MMI katakan tidak ada langsung perkataan SOKONG dalam kenyataan di atas selain dari menyambut baik pengumuman beserta dengan penjelasan dan cadangan.

Untuk makluman MMI turut bersetuju dengan kenyataan dan penjelasan daripada MCA khususnya berkaitan dengan kumpulan sasaran.

“Pemberian subsidi yang diamalkan sekarang memberi faedah kepada kumpulan besar iaitu dari golongan kaya hingga termiskin dan ini bukan menjadi objektif kerajaan membantu mereka yang memerlukan,”

“Pendirian parti jelas supaya subsidi hanya disalurkan kepada mereka yang berkelayakan kerana pemberian subsidi bertujuan membantu mengurangkan beban golongan miskin"

Inilah sebenarnya yang pernah di pertikaikan oleh puak pembangkang satu ketika dulu dan hari ini mereka di lihat membantah pula malah tindakan mereka hari ini jelas bukan sahaja cuba mengelirukan rakyat tetapi turut sama mahukan supaya subsidi yang sepatutnya di arahkan kepada kumpulan yang memerlukan tidak berlaku.

Bagi MMI artikel yang di tulis oleh TMI di atas dengan tajuk sebegitu rupa jelas merupakan satu tindakan bagi mengaburi mata rakyat supaya terus-terusan membenci kerajaan.Malah ianya turut di lihat sebagai cubaan untuk menafikan hak kumpulan yang sebenarnya memerlukan.

Psst walaupun MCA ni serabut tapi kenyataan yang bernas dan penjelasan yang sebenar harus di sokong.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels