Followers

Monday, 2 September 2013

Stesen Minyak Ruih Rendah Sejak Petang Tadi RON95 Naik 20Sen Malam Ini


Seperti biasa apabila ada sahaja maklumat yang menyatakan harga minyak akan naik maka sudah pasti stesen minyak di seluruh negara akan berpesta dengan kenderaan.Semuanya akan berpusu-pusu untuk mengisi minyak sebelum tengah malam ini bagi mendapatkan harga lama.

MMI kurang pasti kenapa secara tiba-tiba harga minyak RON95 naik sebanyak 20sen tetapi mungkin ianya ada kaitan dengan krisis di Timur Tengah yang semakin bergolak sehingga memaksa harga pasaran dunia meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang tadi.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember 2011 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.

Secara amnya kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.

Ia hasil pemberian subsidi besar kepada petrol dan diesel termasuk gas memasak oleh kerajaan.

Daripada sebanyak 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.

Kerajaan memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel serta 90 sen untuk setiap liter petrol RON 95.

Untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter, bukannya RM2.74.

Begitu juga harga petrol RON95 yang mana rakyat hanya perlu membayar RM1.90 seliter.

Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON95 sepatutnya RM2.80 seliter.sumber


Walaupun stesen-stesen minyak di seluruh negara akan berpesta malam ini , isu tentang kenaikan harga minyak ini sudah pasti akan memberikan sedikit impak kepada kerajaan kerana pembangkang sudah pun melakukan tugas rasmi mereka iaitu meroyan tanpa memikirkan tentang apa yang sedang berlaku.

Suka untuk MMI ingatkan harga minyak sebenarnya bergantung kepada pasaran dunia , walaupun begitu kerajaan Malaysia masih lagi mengekalkan subsidi petrol untuk meringankan beban rakyat.

Selebihnya terpulang pada penilaian anda sendiri !!

MMI

2 comments:

  1. Bila cakap pasal minyak pandai pulak ikut harga global.....

    Bila cakap harga kereta kenapa tak ikut harga global ?

    Kerajaan BN ni dah mula cakap pandai pusing-pusing pulak...

    ReplyDelete
  2. mengapa biler naik harga minyak dikatakan harga pasaran duit naik..tapi biler harga pasaran minyak dunia turun..takde plak harga minyak kat malaysia turun...

    ReplyDelete

Labels