Inilah suspek pengawal keselamatan yang telah menembak mati seorang pengurus operasi di AMBANK cawangan USJ Sentral 2 yang telah menggemparkan seluruh negara.MMI simpati dengan apa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan di harapkan mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT ini.
Untuk itu MMI mengambil keputusan untuk tidak memuatnaik sebarang gambar mangsa kerana menghormati kedukaan dan perasaan sanak saudara yang masih bersedih dengan kejadian yang berlaku.
Setakat entri ini di tulis pihak Polis kini sedang memburu suspek Baca Sini
Bagi MMI ini merupakan satu tragedi yang seharusnya di pandang serius oleh banyak pihak.Dari pengamatan MMI sendiri sekarang merupakan masa yang cukup sesuai untuk semua pihak melihat semula kedudukan atau keupayaan satu-satu syarikat keselamatan yang memohon lesen untuk beroperasi.
Paling penting adalah pengawal-pengawal yang memohon untuk bekerja seharusnya perlu melalui satu proses yang lebih ketat yang pada pandangan MMI sendiri seharusnya di tapis oleh pihak berkuasa seperti PDRM mahupun pihak-pihak yang berwajib.
Malah setiap anggota pengawal yang telah di ambil bekerja perlu melalui proses penilaian daripada pihak PDRM setiap 6 bulan supaya hanya mereka yang benar-benar layak sahaja di berikan pelepasan mahupun kebenaran untuk meneruskan tugas.
Bagi MMI ini penting kerana ianya melibatkan penggunaan senjata api , keselamatan dan nyawa.
Sejak berbelas tahun yang lalu melalui pengalaman MMI sendiri yang pernah berada dalam situasi ini pernah berlaku satu kejadian di salah satu bank di Malaysia di mana pengawalnya tertembak diri sendiri dan rasanya walaupun tidak semua masih ada mereka yang tidur ketika bertugas.
Soalnya senjata api yang di pegang ? Macam-macam boleh berlaku ....
Maaf sekiranya ada di antara kenyataan MMI ini mengguris hati mana-mana pihak tetapi kesan daripada sikap ambil mudah inilah yang kadang-kalanya mampu mengundang bencana mahupun insiden seperti mana yang telah berlaku di AMBANK USJ Sentral 2 hingga mengorbankan nyawa.
Untuk rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada Rabu.Syarikat keselamatan swasta terbabit didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, kata Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim.Beliau berkata, firma keselamatan itu tidak menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap pengawal yang akan bertugas."Syarikat itu mempunyai lesen senjata api tetapi anggota keselamatan yang akan diambil bertugas itu perlu mendapat kelulusan melalui semakan pihak polis, termasuk tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan dilatih untuk mengendalikan senjata api."Kita telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen (syarikat keselamatan) mereka berkuat kuasa serta-merta dan kita dalam proses mempergiatkan pemantauan terhadap syarikat keselamatan berhubung penggunaan senjata api," kata Alwi pada sidang media di sini, Khamis.sumber
Satu permulaan yang baik dan pantas cumanya perlu di berikan penambahbaikkan dari masa ke semasa.Syabas KDN kerana telah bertindak cuma harapan MMI TERUS BERTINDAK !!
MMI
alfatehah , stop immedietly segala penyebaran Gambar tragedi tersebut . Jaga dan hormatilah sensitiviti keluarga arwah. Polis diharap dapat segera memberkas "setan" yg terlibat .
ReplyDeleteKDN wajib lebih tegas dalam memastikan Syarikat kawalan keselamatan mematuhi Peraturan . Setakat ini kita tahu ada beribu ribu Pengawal Berbangsa asing digajikan oleh Syarikat keselamatan. Apakah mereka ini telah di saring ????
Nyawa sudah melayang , suami kehilangan Isteri dan anak anak kehilangan Ibu...
Puas lah hati Lawyer "Bodoh" spt Surendren dan Tipak Koyak Rabak....
Ops Cantas perlu diperhebatkan lagi....masih ada banyak senjata didalam tangan Kumpulan Kongsi Gelap...
Malaysia Perlu dijadikan sebuah negara yg aman dan bebas Jenayah ,
Kami Sokong Tindakan KDN dan Polis....