Followers

Friday 25 October 2013

Pengakuan DUSTA Calon PAS Undang PADAH !! #PRKSungaiLimau


PRK DUN Sungai Limau benar-benar membuktikan betapa jentera PAS dan pemimpinnya begitu tertekan sekali.Seperti banyak pihak sedia maklum Sungai Limau sebelum ini merupakan kawasan bekas Menteri Besar Kedah yang telah pergi meninggalkan kita semua bulan lalu.

Mungkin kerana kawasan ini di katakan kubu kuat kepada parti PAS maka pilihanraya kecil kali ini memberikan tekanan kepada seluruh jentera parti mereka apabila perlu bersaing dengan jentera daripada Barisan Nasional yang kini sudah mula berkampung di Sungai Limau.

MMI yakin dan percaya bermula hari ini Sungai Limau akan jauh lebih meriah dengan kehadiran jentera-jentera dari seluruh negara memandangkan hari cuti pada sabtu dan ahad bagi membantu proses kempen jentera Barisan Nasional negeri Kedah.

Barangkali kerana asakan berterusan daripada gerak kerja jentera Barisan Nasional inilah PAS semakin hilang arah sehinggakan perlu berbohong bagi mendapatkan sokongan rakyat. 

Sejak semalam Sungai Limau mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga mereka.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik Azizan , sedangkan semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang kepimpinannya dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.


Untuk makluman calon PAS bagi DUN Sungai Limau Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi (gambar) , iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Malah sebelum ini pun pada ketika arwah Azizan masih lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah , Phahrolrazi merupakan antara pemimpin paling lantang menyerang pentadbiran beliau sama ada dalam parti mahupun kerajaan negeri.

Berdasarkan sumber yang MMI terima di katakan Datuk Phahrolrazi sewaktu arwah Azizan masih hidup sebenarnya mengetuai kumpulan 11 ADUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur kerana dasar yang diguna pakai oleh Azizan selaku Menteri Besar tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pimpinan PAS dan pembangkang di Kedah.Baca Seterusnya 

Malah sewaktu PRU13 pun cerita boikot memboikot sesama PAS ini masih berkumandang Baca Sini 

Bagitulah sikap sebahagian daripada pemimpin PAS yang sanggup melakukan apa saja demi kuasa dan jawatan dan bagi MMI tak mustahillah hari ini mereka sanggup untuk menipu semata-mata untuk mendapat perhatian dan sokongan pengundi khususnya di DUN Sungai Limau.


Kepada pengundi di DUN Sungai Limau hati-hati dalam membuat keputusan kerana belum pun menjadi wakil rakyat mereka sudah mula menipu dan fikirkan apa yang bakal berlaku sekiranya mereka mendapat apa yang di idamkan KUASA ?? 

Untuk itu MMI sarankan sama-sama kita berhijrah sejajar dengan slogan Barisan Nasional BERANI HIJRAH yang di lancarkan semalam.Berhijrahlah dengan memilih Barisan Nasional kerana kita yakin rakyat dan pengundi di kawasan Sungai Limau akan lebih terjamin.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels