Followers

Saturday 26 October 2013

Ulama Dalam Parti PAS Sekadar PENASIHAT !! Betoi Ka ??


Khalid Samad dalam satu kenyataannya telah menyatakan bahawa ulama dalam parti PAS hanyalah sekadar PENASIHAT kepada saf kepimpinan parti.Sekiranya merujuk kepada kenyataan tersebut jelas memperlihatkan peranan Dewan Ulama dalam parti PAS selama ini hanyalah sekadar memberikan nasihat dan setiap keputusan yang di buat perlu melalui sesi perbincangan dan persetujuan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.



Bukankah itu menunjukkan bahawa PAS selama ini hanya beretorik tentang perjuangan Islamnya ? Mana mungkin parti yang mengaku sebagai pejuang Islam boleh menolak saranan dan nasihat daripada ULAMA yang jika di bandingkan antara pemimpin dalam parti ibarat langit dan bumi.

Jom kita review !!


Apa jadi dengan cadangan tersebut ??


Malah dalam soal kalimah Allah sekalipun PAS di lihat longlai apabila langsung tidak bertindak apabila sahabat sesyurganya menolak keputusan Majlis Syura PAS.Malah turut bersetuju kemudiannya untuk membenarkan kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam.


Kemudiannya dalam isu perpaduan di antara parti UMNO dan PAS apakah keputusan yang telah di buat ?


Jangan lupa bro atas dasar retorik jugalah maka pemimpin parti sendiri di tolak malah di pecat dari parti !! Dalam beberapa contoh yang MMI berikan di atas apa sangatlah sekiranya yang memberikan pandangan itu bukannya dari kalangan orang parti sendiri.


Jadi apa pandangan ampa semua ?? Apakah PAS benar-benar mengiktiraf peranan mereka yang di angkat sebagai ulama dalam parti ?? Sekiranya pandangan serta nasihat ulama dalam parti sendiri pun boleh di tolak apatah lagi dengan pihak-pihak lain.

Bro , Ulama di Kelantan pun dah istihar HARAM undi PAS masa PRU13 baru-baru ni !! MMI tak pastilah kalau di Sungai Limau masih ada puak-puak PAS yang masih buta hati !!

Kalau ulama di anggap sebagai penasihat yang nasihatnya boleh di tolak di peringkat kepimpinan parti , adakah PAS hari ini masih boleh dianggap sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai PERJUANGANNYA ??

Jika masih YA jawapannya maka rasanya UMNO jauh lebih baik dari PAS kerana telah melaksanakan banyak perkara untuk kebaikan rakyat khususnya untuk orang-orang Islam tanpa menafikan hak bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Ampa timbang-timbang tengoklah !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels