Followers

Sunday 24 November 2013

Antara Putrajaya & BARUA DAP , Mana Satu PILIHAN PAS ???


Nampak gayanya PAS masih memilih untuk terus setia bersama fahaman songsangnya.Barangkali kesan daripada gula-gula yang selama ini di berikan oleh sahabat baik DAP dan PKR menjadikan PAS tidak mampu lagi berenggang dengan manisan yang telah di sajikan.

Semua pihak sedia maklum pemilihan kepimpinan parti PAS sudah membuktikan betapa mereka kini sanggup menggadaikan segala-galanya demi untuk mencapai nafsu politik meguasai Putrajaya bagi pihak DAP dan PKR.

Penolakan terhadap ULAMA yang mereka sendiri angkat sebenarnya meletakkan parti ini semakin hilang asasnya.

Perkataan bagi pihak sengaja MMI gunakan kerana hampir pasti sekiranya Pakatan Haprak mendapat peluang menguasai Putrajaya maka insiden yang berlaku di Pulau Pinang akan berulang.Baca Sini 

Apa pun keputusan dalam muktamar PAS dan apa pun pandangan dari mana-mana pihak PAS tetap PAS dan mereka akan teruskan perjuangan politik atas nama agama namun suara perwakilan dalam muktamar yang berlangsung semalam sedikit berbeza.

Seorang perwakilan menarik perhatian Muktamar Tahunan Pas Ke- 59 apabila beliau membangkitkan isu berhubung Pas sebagai BARUA DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.

Ketika membangkitkan isu itu wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.

Jika perkara itu tidak dilakukan beliau berkata, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan GAGAL ke PUTRAJAYA," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Stadium Malawati semalam.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh lagi besar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Jika di teliti ucapan daripada kedua-duanya MMI yakin kita akan mudah menggangak bahawa PAS bukan sahaja hilang rentak malah sampai ke tahap menjadi BARUA kepada rakan pilihan pilihan mereka sendiri.

Bagi MMI mudah jika Putrajaya jauh lebih penting daripada di BARUAKAN maka PAS sebenarnya sedang meniti zaman-zaman akhir kejatuhannya.

Tidak ada apa-apa yang istimewa Muktamar PAS kali ini selain daripada sikap keterbukaan yang sudah pun di tunjukkan oleh para pimpinannya namun keterbukaan itu juga sebenarnya meletakkan PAS jauh lebih BARUA daripada BARUA-BARUA yang sedia ada.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels