Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki Proton Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka.
Beliau yang dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus kejadian dikatakan cedera di tengkuk akibat terhentak.
Keadaannya dilaporkan stabil sehingga lewat malam tadi.
Bagaimanapun pengawal peribadi beliau Zulkifli Abd Wahab parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.Pemandu kereta yang hanya dikenali Anuar cedera ringan dan turut mendapat rawatan di hospital sama
Siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Subramaniam terbabas selepas dipercayai hilang sejurus tiba di tempat kejadian.
Kereta berkenaan didapati berhenti di tengah lorong lebuh raya berkenaan.
Sementara itu Pengerusi MIC Negeri Melaka, Datuk M. S. Mahadevan berkata,Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.
"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama.
MMI
No comments:
Post a Comment