Kita harus menerima hakikat lagi maju sesebuah negara maka perkara-perkara lain juga akan ikut maju tak kiralah sama ada ianya perkara baik mahupun yang tak baik.Dalam konteks ini MMI menyentuh tentang budaya dan sosial di kalangan kita.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan sudah pasti berbeza fahaman namun janganlah pula kita menjadikan perbezaan itu sebagai platform untuk BEBAS sebebasnya.Apatah lagi kita orang Melayu dan beragama Islam sudah tentu adab sopan dan sikap pergaulan kita punya batas-batas yang perlu di patuhi.
Namun MMI faham sebahagian dari kita mungkin tak mampu mengawal diri kesan daripada cabaran dan dugaan yang sentiasa bertali-arus menyerang dan berada di sekeliling kita.
Apa yang bakal ampa semua saksikan nanti adalah salah satu daripada sikap anak muda kita yang terlalu obses dengan perkara-perkara yang melampaui norma-norma kehidupan sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu.
Bukan niat MMI untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar memberi peringatan buat kita semua bahawa tindakan sedemikian tidak ada untungnya.
Malah yang jauh lebih perit JANGAN INGAT ORANG TAK NAMPAK KITA !!!
Ambil iktibar BANGSAKU !!!
MMI
No comments:
Post a Comment