Followers

Wednesday, 13 November 2013

Budak Is Someone Special To Dad & MYSELF !! Apa Yang SPECIALNYA ??


Nampaknya puak pembangkang berterusan mahu menyerang PDRM dengan cuba mencari helah untuk meyakinkan rakyat supaya membenci agensi kerajaan itu walhal PDRM telah menjalankan kewajipan mereka dengan baik sekali.

Nurul Izzah semalam mempersoalkan , Apakah perlunya kerajaan Malaysia menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London ?

Soalan yang menarik. Kasihan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri. Mereka tidak boleh memberi jawapan yang sebenar. Tetapi, di sini, segalanya akan terbongkar. Kredibiliti tidak boleh disoal. Sehingga hari ini, setiap pendedahan yang dibuat di sini mempunyai fakta dan bukti yang kukuh.

Sedarkah kita apa yang sedang di lakukan oleh puak-puak ini sebenarnya satu usaha untuk membocorkan maklumat berkenan keselamatan negara ?

Jangan lupa tentang isu Scorpene bagaimana mereka bermati-matian membuat tuduhan yang akhirnya menyebabkan salah satu keupayaan aset ketenteraan negara kita di ketahui oleh negara-negara lain.

Apakah motifnya ?? Jika di teliti ianya adalah satu muslihat terancang untuk menyalurkan maklumat kepada musuh-musuh negara di luar sana.

Perlu di ingat kedudukan negara sebenarnya di kelilingi oleh negara-negara yang sering menjadikan Malaysia sebagai sasaran sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Merujuk kepada pendedahan berterusan di blog Yuktes bekas pegawai sulit Anwar Ibrahim ..

Inilah sebenarnya sikap pembangkang kesilapan dan kesalahan adalah hasil dan kesan perbuatan dan perancangan mereka. Namun beban memikul kesalahan tersebut selalunya disandang oleh Kerajaan Barisan Nasional.  

 Ini bukan alasan untuk memertabatkan BN tetapi hakikat yang disedari oleh budak itu setelah terlibat secara langsung di dalam Operasi Charter 77. 

Misalnya, insiden BERSIH 3.0. Kekecohan dan pelanggaran arahan Mahkamah Majistret dengan "memecahkan bariked" telah dirancang sebelum itu. Idea Anwar pada hari itu adalah untuk menjadikan Dataran Merdeka sebagai Tariff Square.Duduk dan Bantah sepatutnya menjadi pemangkin Arab Spring di Malaysia. 

Pengaruh dan misi Operasi Charter 77 memang telah terlanjur. 4 aspek penting untuk mentadbir negara dan yang kritikal untuk berpolitik telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang. 

Aspek Undang-undang menerusi Lawyers for Liberty (kebanyakkannya terdiri daripada peguam-peguam pro PKR seperti Lateefah Koya dan N Surendran). 

Aspek Media pula proxy pembangkang ialah Malaysiakini. 

Aspek Penglibatan di dalam NGO pula dijaga sepenuhnya oleh BERSIH 2.0 

Aspek Mewujudkan Persepsi Menerusi Data dibuat oleh Merdeka Survey Center. Badan ini yang membuat hujah bodoh mengenai undi populariti walaupun negara kita menggunakan sistem elektoral.

Apa yang menarik di sini ialah keempat-empat NGO tersebut ditaja dan beroperasi menggunakan dana daripada  ‘National Endowment for Democracy’ (NED),yang mendapat sumbangan daripada George Soros melalui Open Society yang ditubuhkan olehnya.

Sementara menunggu Budak itu menyusun semua bukti dengan terperinci, anda harus menelan fakta yang Arab Spring 2 di Egypt dan sebelumnya serta kekecohan di semua negara Arab ditaja oleh NED yang sama.

Semua yang melibatkan Anwar dan organisasi proksinya ditaja oleh Soros. Ini hakikat yang tidak boleh dipertikaikan. Itulah sebabnya Anwar harus dipantau setiap masa agar keselamatan negara terpelihara.


Nurul Izzah seperti bapanya. Liberalisme. Pengikut tegar "al-Faruqi". Al- Faruqi ialah guru Anwar. Budak itu pernah melihat buku-buku berlambak hasil tulisan al-Faruqi. 

Malah, pensyarah di Universiti di Amerika di mana Anwar beri "lecture" juga anak didik al-Faruqi. Dia yang rekomen Anwar. Soros pula beri sumbangan untuk dapatkan persetujuan.   

Izzah cuba nak melicinkan kegiatan Operasi Charter 77 ini sebenarnya dengan mengungkit perbelanjaan untuk membiayai pihak polis di London. 

Kata Budak itu, "Izzah mungkin dah lupa siapa Madam Mary"

Madam Mary atau nama sebenarynya Mary Robinson, seorang aktivis pro homoseksual, merupakan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Beliau tinggal di London.

Ya,  Izzah. London sama yang bapa kau pergi lepas dibebaskan. Ke Jerman, drama. Lepas tu London

Branson pun puji U kerana putih gebu..Di Heathrow...Lupa ke Kak...Mana boleh? Kan bila diperkenalkan, kata U :Budak is someone special to dad and myself

Madam Mary merupakan orang penting Operasi Soros dan NED serta Open Society. Dia berpusat di London dan merupakan orang penting dalam Operasi Charter 77

Dia  membiayai badan-badan 'human right' untuk berkempen membebaskan Anwar dari penjara pada 1998 atas arahan Al Gore. Antara NGO yang disalurkan bantuan kewangan tersebut adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Transperancy International Malaysia (TIM) dan lain-lain

Bukankah semua NGO tersebut telah membentuk Gabungan COMANGO. Ia adalah satu hasil perancangan Operasi Charter 77 untuk membawa budaya Barat ke Malaysia.sumber 

Budaya barat ke Malaysia ?? Siapa budak yang terlalu istimewa untuk Anwar dan Nurul Izzah ?? Apa yang specialnya ??

Rasanya samalah seperti isu ais krim bersama seorang pensyarah yang sehingga kini masih MISTERI !!!


Yang specialnya sampai ke hari ni tidak ada apa-apa tindakan di ambil oleh pihak di sebelah sana berkenaan dengan isu rakaman tersebut.Jijah pun pernah buat kenyataan ( Baca Sini ) tapi setakat tu jalah sama macam cerita jam OMEGA sampai ke hari ni tak nampak-nampak lagi bayangnya.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels