Nampaknya pembangkang masih lagi tidak dapat menerima hakikat PRU13 Barisan Nasional menang di peringkat persekutuan.Apa lagi agaknya yang cuba di momokkan oleh juak-juak ini ? Mencadangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengkaji supaya di gunapakai sistem "Proportionate Representation" atau undi popular sebenarnya hanyalah jalan atau helah untuk mencapai cita-cita pembangkang menjadi kerajaan.
Berdasarkan perkiraan MMI , pembangkang sebenarnya mengetahui adalah hampir mustahil untuk mereka MENANG dalam pilihanraya umum apatah lagi menjadi KERAJAAN sekiranya sistem sedia ada tidak di ubah.Maka oleh sebab itulah cubaan demi cubaan di lakukan oleh mereka supaya akan tiba masanya kerajaan akan membuka ruang kepada cadangan-cadangan ini seterusnya memberi peluang kepada mereka.
Strategi ini sebenarnya sudah berjaya apabila kerajaan tunduk kepada desakan demi desakan daripada pembangkang dan pihak-pihak yang mengaku NGO kononnya undang-undang ISA itu adalah KEJAM !!
Masihkah kita ingat apa berlaku setelah undang-undang tersebut di mansuhkan ???
Kepada semua pihak khususnya kerajaan MMI ingin berpesan jangan sesekali tunduk kepada desakan seperti ini dan jangan sesekali ulangi kesilapan seperti mana kita memansuhkan undang-undang ISA sebelum ini.
Sistem 'First Past the Post' atau majoriti mudah dalam proses pilihan raya adalah yang terbaik dan sesuai diamalkan di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata hal ini kerana sistem ini sesuai dipratikkan di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan mudah difahami oleh kebanyakan rakyat di negara ini.
"Sistem ini (First Past the Post) terbukti dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sejak diamalkan selepas kemerdekaan.
"Kerajaan belum bersedia untuk menerima sistem 'Proportionate Representation' yang mana mengambil kira undi popular kerana sistem yang sedia ada masih relevan untuk diamalkan dalam pilihan raya," katanya ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai).
Dr Mohd Hatta ingin tahu sama ada kerajaan sedia menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji pelaksanaan sistem 'Proportionate Representation' bagi menggantikan sistem 'First Past the Post' dalam proses pilihan raya di negara ini. Menurut Shahidan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kesesuaian sistem 'Proportionate Representation' sebelum keputusan muktamad diumumkan.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hatta mengenai pengalaman pelaksanaan sistem 'First Past the Post' pada pilihan raya lepas yang tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat yang mendapat undi popular terbanyak, Shahidan berkata setakat ini kebanyakan negara Komanwel telah melaksanakan sistem itu dan terbukti berkesan dan disokong oleh rakyatnya.
"Jika sistem 'popular vote' belum dilaksanakan maka kamu semua belum boleh komen lagi, setakat ini sistem 'First Past the Post' telah terbukti kerelevanannya dan kami merasakan sesuai kerana ia telah dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi.
"Sistem baharu jika mahu dilaksanakan perlu dikaji dahulu, sekarang jawatankuasa khas parlimen telah mencadangkan 22 perkara untuk penambahbaikan proses pilihan raya dan kami telah melaksanakan lapan daripadanya, setakat ini guna pakai yang sistem ini dulu," katanya. - BERNAMA
Puak-puak pembangkang ni bercakap saja kadang-kadang tak pakai otak..
MMI bagi contoh PRK di Sungai Limau , BN menang 10 daripada 19 PDM maka jika di kira dari jumlah kemenangan popular PDM sudah tentu BN menang di Sungai Limau.
Jangan pula ada pihak menafikan PDM tak sama dengan undi popular kerana ia tetap popular jika tidak BN tak akan menang di 10 PDM !!
Tapi kemenangan PAS di Sungai Limau di tentukan dengan jumlah undi keseluruhan kerana ianya melibatkan DUN.
Jadi keputusannya ia berbalik kepada sistem sedia ada 'First Past the Post' .
Jika pembangkang benar-benar mahu mengambil kira keputusan popular maka Sungai Limau harus di serahkan kepada Barisan Nasional di sebabkan majoriti PDM memihak Barisan Nasional.
Dalam masa yang sama akan timbullah pertikaian mengapa membenarkan Barisan Nasional menang sedangkan undi keseluruhan adalah milik PAS.Bagitu juga sebaliknya jadi perkara ini tidak akan ke mana selain dari mewujudkan ketidakpuasan hati banyak pihak.
Untuk itu MMI yakin sistem sedia ada masih yang terbaik dan perlu di teruskan.
Psst jangan layan sangat puak-puak munafik tu..
MMI
No comments:
Post a Comment