Followers

Monday 25 November 2013

Khas Untuk Macai PAS Di Pulau Pinang


Dalam satu-satu keadaan mahupun kejadian sama ada yang baik atau tidak baik kadang-kalanya ia membantu kita untuk lebih mengenali siapa kita sebenarnya.

Rasanya itulah yang sepatutnya di rasai oleh sebahagian daripada pimpinan PAS negeri Pulau Pinang berkenaan kenyataan seorang manusia yang di angkat sebagai pemimpin untuk memimpin kamu.Pastinya sedikit sebanyak kamu sudah pun kenal dan faham dalam politik segalanya mungkin berlaku malah ada di antaranya menjadi DAYUS hanya kerana JAWATAN dan KUASA. 

Penafian Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man berhubung wujud campur tangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini dianggap sebagai satu tamparan kepada ahli akar umbi Pas.

Sambil mempersoalkan tindakan Mohd. Salleh yang dianggap pelik dan menongkah arus, aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan itu boleh diibaratkan sebagai ‘memukul’ ahli-ahli Pas dari belakang yang sebelum ini telah menyuarakan pendirian mereka demi maruah dan masa depan parti.

“Apa sebenarnya niat Mohd. Salleh mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Perkara yang dibangkitkan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas, Muhammad Fauzi Yusoff merupakan suara ahli akar umbi Pas negeri dalam mesyuarat cawangan pada 14 November lalu.

“Mengapa beliau mempertahankan DAP dan adakah kerana mahu jadi ahli parti itu? Bagi saya penafian yang dibuat tidak bermaruah," katanya di sini hari ini.


Mohamed Hafiz berkata demikian sebagai mengulas penafian Mohd. Salleh bahawa wujud kemelut yang melanda Pas dengan pentadbiran kerajaan negeri malah akan mengkaji secara teknikal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang melaporkan perkara berkenaan.

Selain meminta supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran hal ehwal agama Islam, Pas negeri juga memohon supaya bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri selain mengancam akan menolak semua jawatan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Mengulas lanjut Mohamed Hafiz berkata, penafian tersebut menunjukkan Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir telah melanggar disiplin parti kerana membuat kenyataan mengelirukan.

“Selama ini beliau bercakap tentang disiplin tetapi saya berasa pelik kenapa sanggup menafikan pendapat dan suara akar umbi dan pendirian Pas negeri? Saya harap beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pas Pusat," katanya.

Mohamed Hafiz turut berkata, beliau menyokong pendirian Dewan Ulama Pas dalam muktamar Pas yang mahu menyemak semula konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP dan PKR dari semasa ke semasa.

“Mengambil kira perkembangan yang berlaku di negeri ini, keputusan untuk semak semula perlu. Ini kerana perjuangan Pas berasaskan Islam dan jika mereka terus bersekongkol dengan DAP dan PKR, agenda perjuangan Islam akan terbengkalai.

Sementara itu, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamed Nordin Mohd. Nor berkata, Pas tidak akan berasa dipinggirkan seperti sekarang jika mereka tidak memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR sebelum ini.

“Kerjasama itu telah merosakkan perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini. Yang lebih dibimbangkan ialah kini Pas dirosakkan dari dalam.

“Kita lihat sekarang hanya berapa orang ulama berada dalam kepimpinan Pas Pusat sedangkan yang lain merupakan individu atau pemimpin yang telah diatur dan mahu meneruskan agenda pihak tertentu dari luar parti," katanya.

MMI kata Tindakan Salleh Man jelas memalukan seluruh pencacai-pencacai PAS khususnya di Pulau Pinang.Malah jika di soal apa yang perlu di lakukan kepada manusia seperti ini MMI kata DESAK SUPAYA BELIAU UNDUR & LETAK JAWATAN !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels