Followers

Wednesday 20 November 2013

Malaysia Tewas 0 -1 Di Tangan Qatar , Peminat Di Tahan POLIS !!


HASRAT Harimau Malaya beraksi dalam Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia tertutup selepas tewas 0-1 kepada Qatar dalam aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan tunggal pemain lawan, Al-Ali pada minit ke-65 yang bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sudah cukup memastikan kemenangan Qatar ketika barisan Harimau Malaya dilihat lebih banyak mengejar bola di kaki anak didik Fahad Al Thani.

Turun dengan kesebelasan utama terbaik, Harimau Malaya ternyata tenggelam 15 minit pertama terutamanya dibahagian tengah apabila Ketua Pasukan, Safiq Rahim dan K Gurusamy  gagal bergandingan dengan baik.

Bibit kemusnahan impian Harimau Malaya kelihatan pada (m-18) namun kecekapan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir tuan rumah berjaya menyelamatkan cubaan berbahaya penyerang lawan.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis percubaan lawan (m-40) ketika benteng pertahanan Mohd Aidil, Amiridzwan Taj, Mahali dan Razman sudah pun tertewas hasil gerakan pantas pelawat.

Bermula babak kedua, Harimau Malaya membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Azamuddin  Akil (m-52) dan mengeluarkan Gurusamy yang berjaya mengubah corak perlawanan dengan beberapa serangan berjaya dicipta namun gagal menembusi benteng pasukan lawan.

Malam derita anak didik Datuk K Rajagobal akhirnya menjelma (m-65) apabila Al-Ali bijak menyempurnakan hantaran lintang rakan sepasukan yang mudah menolak masuk bola menewaskan  Khairul Fahmi.

Gol tersebut nyata memberi tekanan kepada pemain Harimau Malaya hingga melakukan beberapa kesilapan mudah ketika pemain Qatar tenang mengawal permainan.

Beberapa pertukaran dilakukan Rajagobal berbaki 15 minit terakhir nyata gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan dan terpaksa menelan hakikat kekalahan ketiga dalam Kumpulan D yang sekali gus menutup peluang beraksi di Australia 2015 walaupun berbaki satu perlawanan menentang Yemen, Mac tahun depan.sinar

Walau apa pun yang berlaku keputusan sudah tercatat dan kita perlu menerima hakikat bahawa Harimau Malaya GAGAL menempah tiket ke Piala Asia 2015.

Namun bagi mereka atau peminat tegar Harimau Malaya jelas tidak dapat menerima keputusan terkini dan suasana menjadi kecoh apabila mereka mula berhimpun dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka khususnya terhadap FAM dan jurulatih K.Rajagopal.


Akibatnya 2 orang peminat pasukan Malaysia di tahan Polis !!


Walaubagaimanapun kedua-duanya kemudian di bebaskan  


Merujuk kepada salah satu fanpage peminat pasukan bolasepak Malaysia jelas mereka kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. " kami tidak bermusuh dengan polis tapi kami ingin mendesak perubahan pada FAM dan Presiden FAM perlu letak jawatan..selagi bolasepak Malaysia tidak maju selagi itu kami akan terus mendesak.FAM perlu ingat bahawa bolasepak Malaysia itu milik rakyat Malaysia dan kami sebagai warga Malaysia mahu bolasepak kita maju dan bukan makin mundur..Football is for Fans, Not for FAM." Klik Sini 

MMI tak nak ulas sekarang mungkin di artikel yang seterusnya cuma apa yang sedang berlaku sekarang seharusnya pihak yang berkaitan perlu segera mencari jalan untuk memastikan win-win situation.

Pesanan MMI kepada FAM jangan ego sangat dengar suara peminat belajar terima hakikat , untuk melihat pasukan kita layak ke peringkat yang berprestij perubahan mesti berlaku sama ada dari segi pemain,taktikal,strategi serta lain-lainnya dan jika pasukan perlukan perubahan maka sudah pasti FAM juga rasanya perlukan PERUBAHAN !!

MMI

1 comment:

  1. KALAU KITA MENANG MALAM TADI, RAJAGOPAL HARUS DITUKAR. MANA ADA ZAMAN SEKARANG ORANG MIAN BOLA SEPAK MACAM NI. CORAK LATIHAN RAJAGOPAL CORAK LAMA . PIHAK FAM KENAPA SAYANG SANGAT KAT JARAGOPAL NI.

    ReplyDelete

Labels