Perubahan demi perubahan yang berlaku terhadap negara Malaysia sebenarnya memberi ruang kepada seluruh rakyatnya untuk sama-sama berkongsi kesannya yang pelbagai.
Jika kita merujuk kepada perubahan-perubahan itu sudah pasti ada di antaranya menyumbang kepada kebaikan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara contohnya pembangunan pesat mampu membawa pelabur untuk terus melabur di Malaysia seterusnya membuka banyak peluang pekerjaan buat rakyat.
Namun tidak semua perubahan itu mampu menyumbang kepada kebaikan semata-mata sedikit ruang yang ada sudah memadai untuk melencongkan masyarakat atau kumpulan Melayu Islam tertentu menjadi sebaliknya.
Percayalah sebagai rakyat kepada sebuah negara seperti Malaysia kita seharusnya bersedia untuk menerima perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan yang di bawa.
Nama-nama seperti Hang Tuah 5 bersaudara bolehlah di anggap sebagai pelengkap sejarah atau cerita dongeng kerana mereka-mereka di luar sana lebih banyak berbicara tentang You Tube , Upin & Ipin , Facebook , Instagram , Minion Rush , Candy Crush dan banyak perkara lain yang telah menenggelamkan sedikit demi sedikit budaya Melayu itu sendiri.
MMI bukan mahu mengutuk Melayu tetapi sekadar ingin merungkaikan persoalan adakah kita hari ini masih Melayu ?????
Apakah Melayu yang ada hari ini masih Melayu ?? Atau Melayu yang ada hari ini masih mahu menjadi Melayu ??
Dua persoalan yang rasanya agak sukar untuk kita bicarakan apatah lagi Malaysia kini sudah jauh membangun malah sebahagian besar Melayunya kini terjebak dalam kancah politik yang memungkinkan Melayu selepas ini hanya tinggal Melayu sahaja !!
MMI amat bimbang kerana ada satu sifat Melayu yang di bawa sejak dulu yang tidak pernah berubah malah semakin menjadi-jadi dan lebih malang sifat itu sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan kepada kita.
MENJADI DURI DALAM DAGING adalah sifat paling di benci oleh banyak pihak namun hari ini ianya menjadi sebahagian daripada agenda sesetengah pihak.
Sedarkah kita di waktu sedang membaca artikel ini sudah ada MELAYU yang bersekongkol dengan mereka di luar sana yang sentiasa berusaha untuk menentang Melayu malah agama Islam itu sendiri ??
Dalam zaman dan suasana terkini tuntutan COMANGO dilihat sebagai cabaran paling hebat kerana ia merangkumi undang-undang atau ‘cara hidup’ kita sebagai umat Islam. Antaranya, ialah ia mencabar undang-undang yang tidak membenarkan seorang Islam murtad, menggesa kita menerima seks songsang sebagai hak asasi manusia dan juga menghapuskan hak istimewa bumiputera.
Entah kenapa, kehidupan kita selama ini yang aman makmur dan berperaturan menjadi masalah bagi sesetengah sesetengah pihak. Pihak ini ingin melihat Malaysia ‘lebih terbuka’ katanya, dan segala undang-undang ini hanya membantutkan kemajuan kita.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana penerimaan seks songsang dapat membantu kita menjadi maju.
Sebagai respon, sekumpulan peguam Islam telah bertindak menghantar wakil untuk mempertahankan undang-undang ini bagi pihak Malaysia, di PBB.
Sebagai parti pembangkang yang memakai nama Islam, PAS juga turut sama mengecam COMANGO dan menyokong peguam Islam tersebut.
Bagaimanapun, dari satu sudut, tindakan PAS ini dilihat sebagai tidak konsisten serta tersasar dari perjuangan parti pembangkang itu sendiri. PAS seolah-olah lupa atau tidak sedar bahawa sekutunya iaitu PKR dan DAP turut memperjuangkan perkara yang sama dengan COMANGO.
Malah, PAS juga pada suatu ketika turut menjadi burung kakak tua mengajuk PKR dan DAP, terutama dalam isu ‘hak istimewa bumiputera’. Menurut PAS, dasar membela bumiputera atau Melayu adalah bersifat assobiyah, tidak adil dan perkauman serta wajib ditolak.
PAS juga telah memilih untuk berdiam diri ketika isu murtad menjadi hangat di sini, dan PAS sehingga ke hari ini terus terbuka menerima seorang pelaku seks songsang sebagai Ketua Pakatan Rakyat.
Justeru, kita lihat tentangan dan kecaman PAS terhadap COMANGO hanyalah hipokrasi di tahap tertinggi.
Sekiranya benar PAS menentang apa yang dituntut COMANGO, maka mereka seharusnya menentang DAP dan PKR terlebih dahulu. Tiada makna PAS menentang COMANGO jika di masa yang sama bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk berkuasa. Tidakkah PAS tahu bahawa sekiranya PR memerintah, DAP dan PKR akan memastikan segala tuntutan COMANGO dilaksanakan juga?
Hakikatnya, kewujudan COMANGO iaitu NGO-NGO yang menentang undang-undang yang berlandaskan Islam serta mempertahankan bumiputera adalah bertitik tolak dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR juga. Kelantangan pihak ini akhir-akhir ini adalah berkaitan dengan sikap PAS yang gemar berdolak dalih dan tidak konsisten serta tidak bersungguh-sungguh menentang mereka. Sedar atau tidak, PAS secara tak langsung, telah beberapa kali membayangkan yang parti itu berdiri teguh di belakang NGO-NGO yang membentuk COMANGO itu.
Ini kerana personaliti-personaliti yang membentuk COMANGO adalah juga personaliti yang menerajui SUARAM, BERSIH dan beberapa NGO lagi yang terkenal sebagai ‘tangan’ PR untuk menekan kerajaan. PAS tidak mungkin dapat menafikan bahawa parti itu menjadi penyokong kalau pun tidak bekerjasama dengan NGO-NGO ini untuk menentang BN dan UMNO dalam isu-isu tertentu.
Dari situ, kita lihat kaitan NGO yang membentuk COMANGO dengan PKR atau DAP dan juga PAS sudah tidak dapat disangkal lagi.
Justeru, sebagai sekutu kepada PKR dan DAP dan bergerak pula di bawah satu pakatan, iaitu Pakatan Rakyat, maka PAS sebenarnya sedang bersubahat dengan COMANGO. Tindakan PAS menafi dan berpura-pura menentang COMANGO hanya menyerlahkan sifat munafik parti itu.
Sudahlah bersubahat dengan penentang Islam, PAS mengambil pendekatan munafik pula. Apakah layak PAS terus mendabik dada sebagai parti Islam?
Mungkin sudah sampai masanya untuk PAS menurut sahaja saranan Karpal Singh iaitu membuang nama Islam dari parti dan bergerak secara jujur sebagai rakan subahat kepada kafir harbi dan LGBT.kredit
Inilah perkara yang MMI sebut di awal artikel tadi.Apakah mereka itu benar-benar Melayu ?? Apakah mereka itu benar-benar pertahankan Islam ??
Jangan salah faham MMI bukan menentang perubahan tetapi biarlah perubahan itu tidak menentang kita !!!
Rasanya dah sampai masanya kita perlu benar-benar memilih Melayu kerana tidak semua yang mengaku Melayu itu Melayu !!
Untuk survival bangsa kita MELAYU PERLU PILIH MELAYU !!
MMI
Saudara memang hebat... tapi semua itu adalah andaian dan ramalan ........
ReplyDeleteuntuk survival agama Islam kita perlu memilih pemimpin yang benar benar menjadikan Islam sebagai cara hidup..
ReplyDeletead pmimpin yang bertopengkan agama..seolah-olah mereke shje yang btol dan snggup mnkafirkan pemimpin Islam yang laen...
ReplyDelete