Followers

Sunday, 22 February 2015

Cerita Di Sebalik KECOH Waktu Program Tan Sri Shafee !!

Pasti ramai yang sedia maklum berlaku sedikit kekecohan semalam di Permatang Pauh sewaktu Tan Sri Shafee sedang memberikan penerangan berkaitan perjalanan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim.

Kekecohan yang dilakukan oleh para penjilat tegar PKR dan mereka yang bersekongkol dengannya itu bagaimanapun tidaklah membawa kepada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini.

Jutaan terima kasih harus di berikan kepada pihak Polis kerana berjaya mengawal keadaan seterusnya menyuraikan perhimpunan yang diadakan.Tak sampai 50 orang pun yang hadir buat kacau di luar pagar kawasan program tetapi cerita yang disampaikan tu seolah-olah bumi Permatang Pauh digenangi dengan lautan manusia.

Berdegar-degar hebahannya sedang hakikatnya mereka yang berkumpul semalam tak ubah sekadar beruk sarkas yang meronta-ronta minta sebiji pisang untuk di sumbatkan ke dalam bontot masing-masing.

Dengan banting yang digoncang-goncang tertera dengan jelas perkataan "Will Never Surrender" mungkin kata-kata akhir Anwar sebelum disumbat masuk ke dalam penjara itu menjadi motto atau slogan baru kepada puak-puak ni untuk meneruskan momentum menyanggah keputusan pihak perundangan negara semata-mata kerana terlalu OBSES dan KASIH kepada seorang PELIWAT !!

FAKTA dan segala BUKTI yang secara jelas telah menyebabkan Anwar di sumbat ke dalam penjara langsung tidak mahu di terima ! Semuanya dianggap sebagai satu konspirasi !!

Persoalannya konspirasi apa ??? Mana BUKTInya ??? Apa FAKTAnya ???

Yang Tan Sri Shafee dok bagi penerangan tak nak pula dengar !!! Habis tu nak berjoget di jalanraya !!

PELIK sungguh kelaku puak-puak ni ....

Cuba tengok si akak dalam gambar sebelah ni , "Sudah-sudah lah dok jaja cerita lucah tu " !! 

Lebih kurang macam tulah ayat yang puak-puak ni guna.

Aik ?? Cerita lucah ?? 

Hallo akak , yang Tan Sri Shafee dok perjelas tu bukan cerita lucah , tapi adalah FAKTA perjalanan kes serta BUKTI-BUKTI yang telah mengaitkan Anwar sebagai PELIWAT !!!

Sebelum ni serata pelusuk kampung ampa ronda dan dok canang pada rakyat , tak ada sapa-sapa bising pun !! 

Inilah mentaliti mereka-mereka yang jiwanya sudah di beli , rohnya tak tenteram menolak apa sahaja selagi mana ia tidak menguntungkan diri serta manusia bernama Anwar Ibrahim.

Tak cukup dengan itu , budak hingusan Sebarang Jaya ni pun hadir sama itu pun disaat-saat kumpulan terbabit sudah semakin longlai.

Sokongan yang dirasakan bakal bertambah tidak berlaku maka kehadiran si Afif ni mungkin boleh mengubat jiwa mereka yang secara tidak langsung termalu sendiri.

Malah kehadiran Afif pun tidak lama , sekadar menunjukkan muka kemudian memberikan sedikit ulasan kepada para wartawan (ini proses skema puak-puak Pakatan Haprak) dan kemudian menyeru kumpulan terbabit agar BERSURAI !

Mungkin adalah tu bekalan yang dilencongkan kepada mana-mana pihak untuk digunakan selepas bersurai.Mereka yang menjerit dan terpekik itu sudah pasti haus dan mungkin juga sudah ada hidangan tertentu yang menanti mereka di mana-mana.

Secara jujurnya apa jua yang dirancang oleh kumpulan sarkas itu semalam adalah GAGAL !!

Ada seorang teman MMI bertanya agaknya apa yang boleh dilakukan oleh Afif ?

Jawapan MMI : Sebagai seorang doktor (sebelum menjadi adun Seberang Jaya) sewajarnya Afif kembali mengingati tentang latar belakangnya sendiri.Ada satu kenyataan tentang dirinya yang diwar-warkan kepada semua orang bahawa beliau berdedikasi, berpandangan terbuka, dan berkarisma. 

Malah percaya bahawa politik nilai dan dasar adalah kata kunci untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. 

Pengalaman beliau sebagai doktor dikatakan sangat berguna kerana dilatih untuk bertanggungjawab atas amanah , bekerja dengan penuh etika dan paling penting berlaku jujur dalam tugasan kerana berurusan dengan soal hidup dan mati pesakit.Sedikit kesilapan bisa membawa padah. 

Selain itu, sebagai doktor , beliau turut diterapkan dengan nilai kasih dan prihatin sesama manusia. Ciri – ciri ini katanya begitu penting dalam pembentukan jatidiri seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Well kalau kita lihat kepribadian Afif hari ini dengan apa yang beliau sendiri ungkapkan dalam biodatanya rasanya beliau telah menderhaka terhadap diri sendiri !!!!

Dan kerana itulah Afif hanya hadir pada saat dan waktu kumpulannya perlu disuraikan kerana jika dibiarkan terlalu lama kesannya akan memalukan PKR sendiri !!

MMI

9 comments:

  1. Dua dua pihak kurang cerdik...kedua-duanya tidak dapat mengembalikan anwar bebas dari penjara dan kedua-duanya tidak mampu memenjarakan anwar lebih lama.

    yang dapat - cetusan perselsisihan yang berterusan, ada untung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau satu pihak yg diserang tu bungkam membisu tanpa buat apa2, adakah pihak yg diserang tu untung besar? Boleh ulas dalam blog saudara...

      Delete
  2. Akak, nak tahu sapa yang lucah??

    "Can I fuck you today?" - Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
  3. Anwar Ibrahim Peliwat...Rakyat Malaysua & Dunia akan ingat selama-lamanya.....

    ReplyDelete
  4. Kalau Shafee jaja cerita lucah, adakah PKR mengaku anwar adalh pelakon cerita lucah?

    ReplyDelete
  5. Macai2 kena tahu bahawa pelakon cerita lucah itu ialah Anwar.

    ReplyDelete
  6. KD
    Saya rasa awak yang kurang cerdik.pihak yang ingin mencari kebenaran telah berjaya dan cerdik meyumbatkan Peliwat dalam penjara dan dibukti sah peliwat.Berapa lama dalam penjara tak kisah lah,tapi saya rasa 5 thn seksa juga
    Mana ada kedua dua pihak nak bebaskan peliwat,pihak Bingai PKR aja yang meroyan.
    Jangan suka mengatakan orang lain kurang cerdik,nanti ian nya memakan diri,lihat sajalah artikel sdr dalam blog sdr dan apa komen pembaca,meroyan

    ReplyDelete
  7. semua org tahu Anwar peliwat......barisan peguam pembela anwar pun sahkan anwar memang meliwat saiful, peguam Ram Singh pun kata anwar meman meliwat, Christpher Presiden majslis peguam pun kata memang anwar melwat....

    Barisan pembela anwar cuam nak buktikan mereka melakukan suka sama suka...supaya tak ada kes

    ReplyDelete

Labels