Followers

Saturday, 2 November 2013

PAS Guna Taktik "DESPERADO" Burukkan Jentera BN Di #PRKSungaiLimau


Nampaknya makin terdesak puak-puak PAS dan jentera pembangkang di Sungai Limau sampaikan sanggup meletakkan replika kaki yang di tulis KAKI USTAZ di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga Sungai Limau.

Apakah niat sebenar mereka ? Dari pengamatan MMI tindakan ini di lakukan semata-mata supaya pengundi di DUN Sungai Limau membenci UMNO dan Barisan Nasional.

Malah MMI sedih dengan tidakan tidak bertamadun ini yang jelas sekali menghina bukan sahaja keluarga Allahyarham Ustaz Azizan tetapi juga arwah Ustaz sendiri.

Kepada pihak yang sanggup melakukan tindakan sebegini hanya Allah SWT sahaja yang akan membalasnya di akhirat kelak.

Inilah sebenarnya politik pembangkang baling batu sembunyi tangan malah sudah pasti cubaan ini untuk menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai mangsa keadaan.

Langsung tidak ada rasa hormat terhadap seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat malah dalam dunia politik sekalipun Allahyarham Ustaz Azizan begitu di senangi oleh pemimpin yang berlainan parti politik.

Jika beginilah sikap mereka MMI mengutuk tindakan seperti ini hanya mereka yang hatinya buta sahaja sanggup melakukannya !!!

Apa pun MMI yakin pengundi dan rakyat di DUN Sungai Limau lebih tahu siapa yang ikhlas untuk membantu rakyat dan siapa sebenarnya yang hanya meletakkan kepentingan politik mengatasi norma-norma manusia biasa patah lagi kita yang beragama Islam.

MMI

1 comment:

  1. Dahsyat sampai macam tu sekali . Manusia diluar sana bertindaklah mengikut akal jangan berindak mengikut hati. Jadi manusia yang cerdik

    ReplyDelete

Labels