Followers

Friday 22 November 2013

PAS Tiada NILAI Dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang


Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melihat krisis serta kontroversi yang berlaku di dalam pakatan pembangkang termasuklah yang berlaku di Pulau Pinang memperlihatkan seolah-olah Pas tidak pernah wujud walaupun turut menyumbang pembentukan kerajaan negeri.

Menurut beliau berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini, MIC yang memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) turut diberikan kerusi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya sebenarnya sebelum ini pernah bercakap dengan sahabat-sahabat di dalam Pas sebagai ahli politik. Apabila mereka membentuk kerajaan saya lihat bahawa Pas ini dilayan benar-benar mereka seakan-akan tidak pernah wujud di dalam gabungan mereka.

“Dulu  kita nak cerita MIC menang satu kerusi dalam BN tetapi diberi kerusi exco..kerana apa..itulah maknanya permuafakatan konsep perkongsian kuasa.Hari ini Pas menang satu kerusi pun tidak diberikan kerusi dalam exco,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kontroversi baharu melanda pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang apabila parti sekutu, Pas secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Ancaman daripada Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang itu dikemukakan dalam sidang akhbar oleh Timbalan Pesuruhjaya negeri, Muhammad Fauzi Yusoff di selepas beberapa surat yang dihantar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mendapat jawapan.

Reezal yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menimbulkan persoalan apakah Pas tidak ada apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri.

“Dulu nak lantik YDP MAIPP pun berlaku khilaf berulangkali. Saya nampak bahawa DAP pada pandangan mereka Pas ini seolah-olah tidak ada signifikan dan tidak ada nilai dalam kerajaan Pulau Pinang. Jadi saya berasa simpati pada Pas dan saya yakin apa yang dibuat rakan-rakan dalam Pas satu tindskan yang benar dan betul,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah senario yang berlaku pada ketika ini khususnya tindak-tanduk beberapa pemimpin Pas menjelang muktamar agung mereka, Reezal berkata beliau tidak mahu membuat jangkaan awal terhadap apa yang berlaku.

“Tetapi hakikat ini dah berlaku dan dirasai dan saya tahu sahabat saya di dalam Pas merasai benda ini… berada dalam satu pakatan dan membentuk kerajaan tetapi dilayan seperti di atas sedangkan mereka juga penyumbang kepada pakatan pembangkang,” katanya.  -MediaUMNO

Untuk rekod Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang di putuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels