Followers

Tuesday, 19 November 2013

Perang VIETNAM Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu TAHU !!!


Perang Vietnam !! Satu di antara malapetaka paling dasyat dalam sejarah manusia melibatkan pertelingkahan yang cuba di selesaikan melalui hujung senjata.Mengorbankan 4 juta rakyat Vietnam , 2 juta rakyat Laos serta kemboja dan 58,000 atau lebih tentera Amerika Syarikat yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain.Namun kerana kerakusan dan ego manusia yang bernama pemimpin akhirnya nyawa menjadi gantinya.

MMI bukan sengaja mahu menulis tentang sejarah perang Vietnam apatah lagi melakukan analisa tentangnya kerana MMI tahu ramai di luar sana yang jauh lebih faham dan tahu tentang sejarah perang ini.Hampir 20 tahun lamanya peperangan ini berlaku bermula pada tahun 1955 dan berakhir pada tahun 1975.

Dan sudah pasti kebanyakkan daripada kita masih belum lahir pada ketika malapetaka ciptaan manusia ini berlaku.

Apa yang MMI sedar sejarah peperangan ini sebenarnya memberikan kita banyak pengajaran dalam menempuh liku-liku kehidupan kita sebagai seorang manusia apatah lagi dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Perlu diingat rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan kerana kepelbagaian inilah maka kita kadang kalanya perlu beringat bahawa hari esok belum tentu secerah hari ini.

Percayalah kepelbagaian bangsa , agama dan budaya ini jika tidak di pelihara dengan baik ia mampu mencetuskan sesuatu yang pasti akan membuat kita rakyat Malaysia menanggung azabnya seperti mana yang pernah berlaku kepada rakyat Vietnam.

Secara jujurnya atas apa sahaja penyebab kepada berlakunya peperangan di Vietnam , MMI merasakan ianya tidak lain dan tidak bukan kerana keegoan sesama mereka dan perkara yang paling penting untuk rakyat Malaysia tahu adalah campur tangan orang luar.

Kesan campur tangan sebegini sebenarnya merupakan malapetaka besar yang terpaksa rakyat Vietnam tanggung sehingga ke hari ini.

Kehadiran mereka atas nama apa sekalipun , sekiranya ia menjurus kepada pertumpahan darah maka ianya adalah satu kerugian sebenarnya.

Apakah kita percaya kehadiran orang luar seperti mana kehadiran tentera Amerika Syarikat di Vietnam mampu mengembalikan keamanan , ketenangan dan kemakmuran ??


Adakah kita yakin dengan gambar di atas bahawa kehadiran mereka sebenarnya mampu menyelamatkan kita daripada sengsara ?? Pesan MMI jangan sesekali terpedaya dengan gambar seperti ini kerana di sebalik senyuman itu ada kerakusan yang kita sendiri tidak dapat bayangkan.

Adakah kehadiran bala tentera Amerika Syarikat di bumi Vietnam benar-benar menjadi pelindung kepada rakyat Vietnam pada ketika itu ??

Jika ada pun rasanya hanyalah sebesar kuman selebihnya adalah KESENGSARAAN !!










Adakah semua gambar-gambar yang MMI paparkan di atas menunjukkan mereka gembira dengan apa yang berlaku ?? 

Dengan jelas dapat kita lihat di riak wajah mereka perasaan TAKUT , BIMBANG , SEDIH , KECEWA dan  KEHILANGAN malah mungkin PENYESALAN !!

Inilah pengajaran berguna yang MMI rasa kita perlu sama-sama ingat bahawa satu kesilapan yang di lakukan oleh kita bakal menjadi MALAPETAKA BESAR bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Bayangkan di Vietnam yang tidak punya bangsa MELAYU , INDIA , CINA , KADAZAN , SIAM dan lain-lainnya pun menerima kesan yang amat besar hasil daripada keegoan para pemimpin mereka apatah lagi di Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa.

Kepada semua kita perlu beringat , suasana politik dan budaya kita hari ini cukup rapuh.Kerapuhan itu harus segera di bendung sebelum ianya menjadi nanah kepada jutaan rakyat Malaysia.

Sehingga artikel ini di tulis kita sudah dapat melihat bagaimana mereka-mereka yang meletakkan kepentingan politik melebihi taat setianya kepada bangsa , agama dan negara saban hari berusaha untuk terus mewujudkan kebencian sesama kita.

Malah dalam beberapa perkara sudah ada mereka yang bersama kita membuka pintu kepada mereka-mereka di luar sana dan tahukah kita bahawa tindakan sebegini mampu mengheret negara ke kancah kekacauan ?

Rasanya cukup dengan peristiwa berdarah negara di jajah oleh penjajah , cukup dengan keganasan komunis di belantara , cukup dengan kekacauan tanggal 13 Mei dan rasanya cukup dengan politik keterlaluan yang MAMPU meranapkan segala impian rakyat Malaysia untuk terus hidup aman damai lagi makmur dan sejahtera.

Jadikanlah kesengsaraan yang pernah di rasai oleh kebanyakkan rakyat Vietnam sebagai pengajaran paling berguna untuk kita sama-sama pastikan rakyat dan negara Malaysia terus BERJAYA.


Mereka-mereka ini membantah peperangan di Vietnam namun adakalanya bantahan itu tidak berguna lagi apabila lebih dari setengah JUTA rakyat mereka TERKORBAN di negara dan tanah orang lain.

Malah paling malang Vietnam hilang 4 juta rakyatnya !!!

MMI tinggalkan kepada semua dengan satu solan mudah APAKAH YANG KITA CARI SEBENARNYA ???

Fikirkan-fikirkan ..

MMI

1 comment:

  1. Mereka kononnya mencari syurga tetapi sebenarnya menempah NERAKA

    ReplyDelete

Labels