Followers

Saturday 9 November 2013

Pertarungan Tun Mahathir vs Kit Siang Berterusan Part 2


Nampaknya pertarungan kedua-dua tokoh politik ini semakin menjadi-jadi.Jika sebelum ini Tun Mahathir menempelak Kit Siang kerana ketidakpuasan hati Kit Siang apabila Tun Mahanthir turun berkempen di Sungai Limau bagi membantu jentera Barisan Nasional kini giliran Kit Siang pula membalasnya.

Namun ada sedikit kelainan dalam serangan balas ini apabila Kit Siang di lihat mendoakan supaya Tun Mahathir di lanjutkan usia sehingga 100 tahun.

100 tahun ? Lama tuu dan sudah tentu Kit Siang ada alasannya yang tersendiri...

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilanjutkan usia hingga 100 tahun bagi menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya pengaruh 'Mahathirisme di negara ini.

Walaupun mendakwa Mahathir berkata mahu pemimpin vateran DAP itu 'mati', Kit Siang mengakui tidak cepat melatah dengan kenyataan yang dikenakan kepadanya.

Kit Siang mendakwa kenyataan itu juga bersangkut paut dengan misi Mahathir pada PRU13 lalu apabila berkempen di Parlimen Gelang Patah dengan menyifatkan kawasan itu sebagai 'kubur' politik beliau.

"Sebelum PRU13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi 'kubur' saya.

"Seruan itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya 'terperangkap' di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah 'tamat'," dakwa beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian untuk mengulas lanjut kenyataan bekas Presiden Umno itu dalam blognya baru-baru ini yang bertanyakan tempoh persaraan Kit Siang sambil mengaitkan kematian beliau.

Selain itu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri itu sebagai bermain politik rendah dan tidak bermoral apabila memfitnah beliau cuba menimbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu sedangkan perkara itu tidak berlaku.

"Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum untuk bekerjasama dan menyokong PR sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas.

"Saya merasa lega pada malam keputusan pilihan raya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu.

"...ini membuktikan bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman," dakwanya.

Dakwanya lagi, antara faktor merosotnya pengaruh Mahathir ialah apabila anaknya, Datuk Mukhriz gagal merebut salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan bulan lalu.

Kit Siang turut mengaitkan kegagalan Mahathir apabila BN tidak berupaya merampas kerusi Dun Sungai Limau walaupun beliau sendiri turun berkempen.sumber 

Semakin menarik dan semakin panas pertarungan dua pemimpin politik ini cumanya bagi MMI ada sedikit perbezaan di antar Tun Mahathir dan Kit Siang.

Tun Mahathir sudah pun bersara daripada memegang sebarang jawatan dalam politik berbeza dengan Kit Siang yang masih memegang jawatan selain daripada berpindah-randah mencari suaka politik untuk terus berada dalam kancah politik negara.

Tun Mahathir sudah membuktikan JASAnya kepada negara dan rakyat tanpa mengira fahaman politik sebagai contoh pembinaan jambatan Pulau Pinang yang hari ini turut menjadi faktor utama kepada kemajuan negeri Pulau Pinang yang di tadbir oleh suku sakat Kit Siang manakala Kit Siang jika di kira JASAnya tidak lain dan tidak bukan merupakan antara penyebab dan terlibat dalam insiden berdarah 13 Mei 1969.

Banyak lagilah kalau MMI nak catatkan di sini cumanya kita nantikan pertarungan seterusnya ...

MMI

1 comment:

  1. anti kominis dan DAPpigs9 November 2013 at 15:42

    Tok sah dilayan babi DAPpigs ni. Makin dilayan, makin kembang juboq dia tu.

    ReplyDelete

Labels