Followers

Saturday 9 November 2013

DAP Parti HARAM !!


Mana ada TIPU ?? Kepala hotak dia !!!

DAP tidak boleh memperdayakan masyarakat bahawa kedudukan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu adalah sahih sedangkan mereka masih berlengah-lengah menghantar dokumen lengkap kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, parti itu tidak boleh melakukan sebarang tindakan ataupun ketetapan selagi keputusan pemilihan semula tersebut masih belum mendapat pengiktirafan rasmi dan bertulis daripada ROS.

"Saya yakin mereka berlengah-lengah menghantar laporan lengkap pemilihan semula CEC kepada ROS kerana mahu tunggu dan lihat sekiranya ada atau tidak pihak yang tidak berpuas hati, sekiranya berlaku kesilapan, mereka mahu gunakan ruang itu untuk segera memperbetulkan kesalahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, pembentukan CEC yang baharu tidak boleh dianggap sebagai sah selagi pihak ROS tidak mengiktiraf kesahihan pemilihan semula CEC yang diadakan pada 29 September lalu.

Kata Tuan Tat, sehingga kini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih belum menghantar laporan lengkap pemilihan semula itu kepada ROS merangkumi senarai jawatankuasa baharu termasuk nama kesemua 2,576 perwakilan sah yang berhak hadir dan mengundi di samping senarai kehadiran dan senarai semua cawangan bertauliah sehingga 15 Disember tahun lalu.

DAP mengadakan pemilihan semula CEC dalam kongres khas parti tersebut pada 29 September lalu selepas diarah berbuat demikian oleh ROS.

Ini ekoran pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Menurut David, dalam keadaan keputusan pemilihan semula CEC itu masih belum disahkan oleh ROS, DAP tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan seperti memecat ahli ataupun melakukan transaksi untuk aset dan kewangan parti.

"Memang ada tempoh dua bulan untuk semua dokumen itu diserahkan tetapi sekiranya mereka hendak betul-betul berkuasa dengan segera, mereka mesti menghantar semua dokumen itu kepada ROS dan tidak boleh menganggap urusan adalah seperti biasa," katanya.sumber 

Bercakap banyak sana salah , sini salah , kat situ tak betoi , kat sini tak betoi alih-alih parti sendiri pun berlambak yang tak betoi !! Dasar puak lahanat memang macam tulah perangainya.

Bukan setakat orang UMNO yang kata DAP tak betoi , sekarang ni orang DAP sendiri pun kata pemimpin depa dah tak betoi !!

Yang hairannya masih ada lagi puak MELAYU yang dok jilat puak-puak ni .. Tak faham aku !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels